Coretan kali ini hanya berkisar kepada dua cerita. Mula-mula sekali aku ingin kongsi cerita pasal pilhan raya baru-baru ni . . . Keputusan pilihan raya JPP sudah pun diumumkan dan kali ni menyaksikan hanya 10 orang dipilih bagi menggalas tanggungjawab sebagai ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bagi sesi 2010/2011.
Berbeza daripada sesi-sesi sebelum ini, pertandingan kali ini adalah berdasarkan fakulti dan kerna itu saingan cukup sengit. Masing-masing punya strategi tersendiri dan tak kurang juga yang melakukan sesuatu di luar jangkaan..(hanya yang tahu akan mengerti).hehe . . . Walau apa pun, keputusan telah tersurat. Tahniah kepada yang berjaya dan kepada yang kalah, perjuangan sebagai pelajar jangan dilunturkan kerana tanpa apa-apa jawatan pun, tetap kita mampu berkhidmat untuk UiTM...yang penting adalah keikhlasan dan niat yang suci . . ..
Satu lagi kisah yang ingin coretkan berbeza situasinya . . Pada hari Sabtu yang lepas, UiTM Sabah dikejutkan dengan berita kematian salah seorang pelajarnya akibat lemas. Ironinya, kejadian malang tersebut berlaku dalam salah satu program anjuran universiti yang diadakan di salah sebuah tempat perkhemahan. Gempar juga la berita tersebut bilamana berlaku kepada pelajar kita dan dalam program kita.. Tapi tak perlu la kisah ini disensasikan oleh mana-mana pihak ataupun dijadikan propaganda untuk menghentam sesiapa. Sudah ajalnya di sana dan dalam keadaan begitu. Kita yang hidup hanya mampu mendoakan agar roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. Alfatihah . . .
p/s: ada ceria ada duka
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
-
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online – Di era
dimana teknologi memudahkan segala aspek kehidupan, bermain judi slot kini
tak ...
