Message

"Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya . . . Walaupun kita tidak mendapat apa yang dihajatkan...cukuplah kita bersyukur dengan apa yang kita miliki sekarang."

Pilihanraya Kampus . . .

Terasa macam sudah agak lama aku tak update blog aku ni. Maklumlah masuk tahun baru ni aku terlalu busy…busy ker?hehehe… Betul la kan…busy dengan kelas and assignment yang dating tanpa henti-henti. Ish ish ish…. Sekarang pun aku dapat curi sedikit peluang untuk post di blog ni.

Masa sekarang UiTM havoc dengan pilihan raya kampus, mencari bakal-bakal MPP baru yang akan memimpin dan menjadi nahkoda kapal pelajar-pelajar UiTM. Pilihan raya di kampus Sabah memang la tak seganas di Shah Alam tapi ada juga la sikit-sikit ‘kepanasan’ kempen pilihanraya kali ni dengan pelbagai isu dan kontroversi . . .

Masing-masing calon tampil dengan aspirasi tersendiri dan di kala calon berkursus, adalah menjadi tanggungjawab pengurus kempen untuk berkempen bagi pihak calon-calon yang bertanding. Jadi macam pengurus kempen pula yang semangat lebih…maka tiada-tiada bha yang nak dikecohkan.hahaha…

Ramai juga yang Tanya kenapa aku tidak bertanding…jawapan aku mudah… “TIADA MAKNANYA”… Nak tahu kenapa? Akan ku jelaskan bila tiba harinya. Tapi secara ringkas, menjadi MPP tidak sehebat yang kita jangkakan dan tidak segah secara dalamnya…Cuma tampak hebat pada namanya….

Walau apa pun, selamat betanding untuk semua calon dan jangan tersalah arah dalam memikul amanah yang diberikan. Jawatan bukan untuk kita berasa megah tapi untuk kita takut akan Pencipta kita kerana setiap amanah akan dipersoalkan bila tiba saat nanti....

p/s: Selamat Mengundi . . .

No comments:

Post a Comment