Diam tak diam, cuti khas H1N1 dah berakhir namun assignment yang berlambak tetap aku belum sentuh sikit pun. Bukan malas tapi pening macam mana mau siapkan. Tiap kali mau buat assignment, mesti ada dugaan yang merintangi usahaku. Jadi akhirnya tak sempat siapkan assignment. So, Sabtu and Ahad ni terpaksa la berhempas pulas menyiapkan assignment.hehehe...
By the way, malam ni sepatutnya ada program motivasi bersam Datuk Dr Fadzilah Kamsah di UMS...tapi aku tak dapat join sebab ada urusan yang kena aku siapkan(padahal tiada buat apa-apa pun.hehehe...)
Hari Selasa lepas, kawanku Yusrafie turun KK sebab ada meeting di SESB. So, dia ajak la aku stay di Palace Hotel memandangkan dia seorang saja yang chec-in. Dapat juga la aku merasa tidur di hotel and breakfast kat sana. Makanan dia sedap juga la walaupun ada mee dan nasi goreng ja. Yang penting roti dan kuih dia sedap. Macam mau makan banyak-banyak tapi terhad pula keupayaan diri ini.hahaha.. Kalau Meor, lain la..(sorry Meor..)
Sejak PTPTN masuk ni, aku sibuk mencari jaket yang sesuai untuk ke kelas, tapi sampai sekarang belum jumpa lagi. Kalau ada pun, harganya mahal giler.. Bankrup aku nanti. Jadi, terpaksa la tunggu geng-geng aku untuk carikan aku jaket sesuai. Tapi aku ada beli jaket mat motor dari En Ardey...bergaya juga la aku pakai.hahaha.. Duit pun makin berkurangan...entah apa la aku beli. Confuse juga aku ni..ish ish ish... Yang aku ingat, aku ada beli buku Michael Jackson(siap free poster and DVD lagi)hehehe... Bilik aku di hostel ni pun ada terpampang poster MJ. jom la datang bilik kalau mau tengok.
Baru tadi aku siapkan Borang C untuk program kelas kami melawat GARAMA di Beaufort dan satu lagi program motivasi di SMKA Muhammad Ali Ranau di bawah kelolaan En Ardey dan Dr Nurfazlinda. Harap-harap jadi la tu program. Lepas ni tinggal program Dinner Arab lagi mau diuruskan. Macam aku ni mahu mencapap di semua persatuan kat UiTM Sabah pula.hehehe. Tapi tidak apa la...demi pembangunan pelajar UiTM Sabah juga. In two weeks, aku merancang nak adakan ujibakat pencarian bakat baru nasyid. So, lepas ni UiTM Sabah akan ada la wakil kumpulan nasyid untuk mana-mana pertandingan. yang ni pun aku harap berjaya sebab aku jelous tengok UiTM lain...semua ada kumpulan nasyid kecuali Sabah. So, kepada yang berminat, boleh la join ah...
Hari Ahad ni aku diminta oleh Ustaz Arshad untuk ke Bukit Harapan(rumah kebajikan) bagi menjalankan kerja-kerja agama di sana. Bak kata Ustaz Arshad, kalau bukan kita, siapa lagi yang membantu. Btul juga tu. yang penting, niat ikhlas kerana ALLAH Taala. InsyaALLAH aku akan turut serta program tu kalau tiada apa-apa halangan. kalau sesipa nak join, bagu tau la aku sebab program ni pun diadakan tiap-tiap minggu. Boleh lagi tu kalau mau ikut biarpun tak sempat hari Ahad ni.
p/s: Cuti berakhir tapi tugasan masih banyak...
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
-
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online – Di era
dimana teknologi memudahkan segala aspek kehidupan, bermain judi slot kini
tak ...

