Message

"Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya . . . Walaupun kita tidak mendapat apa yang dihajatkan...cukuplah kita bersyukur dengan apa yang kita miliki sekarang."

Inilah dia . . .

Bingung aku di awal sesi ni… Macam-macam masalah timbul (padan muka, siapa suruh pindah sabah). Sebelum ni, aku daftar 8 subjek tanpa ada masalah. Tapi bila pindah ni, ada subjek yang aku tak dapat daftar sebab tidak ada subjek tersebut ditawarkan di Sabah dan tak kurang juga banyak yang clash. Terpakasa la aku adjust balik jadual dan kelas aku. Ni yang buat aku pening sekarang. Serba salah pula nak pergi kelas. Ish ish ish (padahal malas)…alasan semata-mata.

Waktu aku tulis ni pun aku cuti sebab nak berkabung sempena pengkebumian Michael Jackson. Pasal Michael Jackson tu aku cerita lain kali la ek.hehehe…

Tak sampai seminggu sampai UiTM Sabah ni, macam aku alami. Bukan semua suka aku datang sini aku rasa sebab ada unsur-unsur tak puas hati dengan kehadiran aku. Macam la aku ni pembunuh upahan. Bukan aku kacau diorang pun. Macam-macam la perangai orang ni. Sampai je sini, banyak orang aku jumpa, dari student sampai la ke staff UiTM Sabah. Yang penting aku rasa senang dan enjoy dapat transfer sini walaupun something happen here . . .(tak nak la cerita apa yang berlaku)

Berbalik soal UiTM tadi, banyak betul banner dalam UiTM Sabah ni sampai bikin serabut kepala aku terpaksa tengok.hehe … Freshie-freshie pula skema giler ni…nasib baik ramai juga yang lawa.hahaha… Tapi mungkin sebab baru minggu pertama, still segan and takut-takut lagi. Tak tahu la mcm mana lepas 2 3 minggu lagi. Naik tocang juga rasanya. Tunggu je la…lagipun dah ada sikit-sikit yang kerek aku jumpa.

Setakat ni belum ada apa-apa aktiviti lagi kat sini dan tak ada tanda-tanda nak ada aktiviti dalam waktu terdekat ni. Aku tak sabar sebenarnya tunggu program sebab di Shah Alam aku tak pernah ke program apa-apa pun. So, kat sini la nak lepas gian.hehe…

p/s: Tunggu dan lihat . . .

No comments:

Post a Comment