Masuk ni dah minggu kedua aku di UiTM Sabah. Tak banyak beza dari dulu-dulu time aku di UiTM Sabah ni. Lecturer masih seperti dulu, walaupun ada la yang bertambah. HEP juga still macam tu, cuma berbeza kedudukan je. En. Sudin tetap sibuk ke hulu ke hilir...entah la apa yang dia cari.hehe... Tapi aku dah start merindui program-program UiTM ni. Semalam aku dapat tugasan baru iaitu handle program seminar di Tabung Haji. Cari orang je pun...tapi bukan senang tu sebab jarang ada orang nak ikut seminar ni...lagi-lagi topik derma organ. Aduiinaa....
Owh ya... hujung miggu lepas, abang, cousin and mak saudara aku datang melawat Sabah. Aku la jadi tourist guard diorang. Aku pun tak tahu nak bawa diorang pi mana. Last-last aku bawa keliling KK ja sebab diorang pun datang tak lama. Tak sempat mau bawa ke ranau dan kundasang. Lain kali je la aku bawa. Nak bawa hari tu pun takut sesat pula.hahaha... Tapi bagus juga diorang datang sebab ada juga la punca pendapatan aku sementara tunggu PTPTN masuk.
Berbicara soal kelas pula, sampai sekarang aku belum masuk kelas QMT...bukan malas tapi terlepas. Ye la, first week tu jadual still overlap dan baru-baru ni aku terlebih tidur pula.hehehe. SORRY Madam... Tapi biasa la dua minggu pertama ni, susah lagi mau sesuaikan diri selepas lama bercuti. Alasan semata-mata... Kelas-kelas lain macam biasa la...ada best, ada bosan tapi yang penting classmates aku semua pasif ni. Senyap je... Aku nak gila-gila pun takut tiada respon ni. Tunggu je la satu dua minggu lagi. Mana la tau berubah jadi nakal semua.hahaha...
Sekarang ni banyak betul orang sakit di UiTM Sabah ni. Sampai aku pun sakit. Demam + selesema + batuk...memang lengkap H1N1 aku...ish ish ish. Tapi aku check di unit kesihatan, doktor tak cakap apa-apa pun. So, selamat la aku ni.hehe...
Freshi pula aku tengok makin hilang skema diorang. Biasal la tu kan budak-budak...mesti mau memberontak punya. Mana ada semua baik-baik ja kan. Senior pula jangan la mengeluh terlampau sangat sebab korang pun sama juga dulu macam diorang.hehehe... Sabar je la . . .
p/s: Menanti tugasan . . .
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
-
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online – Di era
dimana teknologi memudahkan segala aspek kehidupan, bermain judi slot kini
tak ...

No comments:
Post a Comment