Hari ni masuk minggu ke-2 umat Islam di Malaysia berpuasa. So, dalam seminggu yang lalu, berbuka, sahur dan terawikh sudah menjadi lumrah dalam hidup aku dan juga umat Islam yang lain. Walaupun sudah seminggu berpuasa, tapi ibarat sekejap saja masa berlalu menandakan betapa bulan Ramadhan ini penuh barakah(bagi sesiapa yang puasa la . . .). Aku pun dah makin kurus.hehehe... Apa-apa pun...kita baru tiba di 1/4 ramadhan. jauh lagi perjalanan kita dan masih ada ruang utnuk meperbaiki diri di bulan yang mulia ini.
Berbicara soal terawikh . . . Seminggu ramadhan ni, aku and En Kaffali bersama Usman & Nik pergi menjelajah ke Masjid sekitar KK untuk berterawikh. Saja mencari kelainan sikit.hehehe... Setakat ni, selain Pusat Islam, aku dah berterawikh di Masjid Negeri, Masjid Bukit Padang & Masjid Quarters Kastam Sepanggar. Tapi untuk malam ni rasanya aku berterawikh di Pusat islam je sebab En Kaffali balik kampung(awal betul mau raya.hahaha). Dan 3-4 hari ini aku, Nik and Usman sama-sama berbuka and bersahur di kediaman Kaffali Fan Club(hehehe...).
Sekarang pun UiTM Sabah ni dah tak banyak program sebab Naib Canselor dah bagi arahan untuk tangguhkan semua program non-akademik student UiTM bagi membendung penularan H1N1.(bahaya betul penyakit ni). majlis buka puasa beramai-ramai pun terpaksa ditangguhkan demi menjaga kesihatan pelajar-pelajar. tapi hari tu sempat juga la Pusat Islam buat majlis buka puasa tertutup dan acara masak bubur lambuk... tapi time tu kelas aku pula full sampai jam 6 petang. So, terpaksa la datang makan je.hehehe...
Ada satu kisah aku nak kongsi. 2 hari lepas ada seorang mamat ni call aku and sound aku sebab kacau awek dia...(Tolonglah Malaysia). Siapa la mau kacau awek dia tu. padahal, awek dia yang selalu call aku, aku tiada pun call2 dia. tapi aku juga disalahkan. Ada ka patut dia maki-maki time call aku tu. Cakap diri puasa tapi memaki orang. Sedar la diri sikit wahaii hamba ALLAH yang kerdil. Jangan la bangga sangat dengan kekuatan dan pengaruh yang dimiliki. Siapa la kau nak dibandingkan dengan kuasa ALLAH MAHA AGUNG!!! Aku nak marah pun tak boleh sebab mungkin dia tu memang sot atau takut GF dia laritinggalkan dia. Sabar je la...lagi-lagi bulan ramadhan ni. Buat aku takut and seram je bila dia cakap mau 'ajar' aku. Tapi terserah la kepada empunya diri . . . Aku hanya mampu berserah kepada yang MAHA KUASA...
Semalam aku dapat pos kiriman dari ruamah yang berisi keropok, kuih dan sambal daging. Syoknye dapat makan kuih raya.hehe... Sebut pasal raya ni...mana-mana aku jalan, samada bazar, restoran atau pasaraya masing-masing memainkan lagu raya walaupun puasa kita bru seminggu. Tapi mood raya tu dah ada and ada juga yang dah shopping awal-awal. Tapi almaklumlah aku terpaksa beraya di UiTM Sabah untuk tahun ke-4 berturut-turut. mungkin kali ni tak semeriah tahun-tahun lepas sebab ramai staf pulang ke kampung termasuklah Imam, Ustaz Rosmat dan Ustaz Arshad. tinggallah aku, Bilal and Syrul beraya di sini. Bilal pun mungkin balik selepas solat raya tu. Jadi tinggallah aku and Syrul meraikan Aidilfitri di Pusat Islam.huhuhu...
Akhir sekali sempena nak menyambut MERDEKA ni, nak juga kan kongsi cerita. 2 malam lepas aku mimpi yang cukup aneh tapi amat patriotik. Dalam mimpi tu, aku dan kawan-kawan dalam sebuah rumah yang dikepung oleh tentera Jepun yang bersenjata. kami ni kunun-kunun pejuang macam dalam cerita Bukit Kepong tu. baru ku tahu macam mana pejuang-pejuang terdahulu punya fikiran. Dalam mimpi tu, walaupun tahu kami mungkin mati sebab bertempur, tapi kami rela mati demi negara dan melihat Malaysia merdeka.hehehe... Walau bagaimanapun, dalam mimpi tu, kami menang melawan tentera Jepun. Walaupun mimpi tapi cukup bermakna pengertian perjuangan menuntut kemerdekaan tu. Tapi sedih bila tengok orang-orang sekarang yang macam endah tak endah tentang hari Merdeka kita tahun ni. Tau la puasa tapi janganlah sampai semgat patriotik tu hilang dalam diri. Ni tidak, nak kibar bendera pun malas. Kecewa betul aku... untuk itu. Marilah sama-sama kita hayati kemerdekaan malaysia ini melalui semangat 1MALAYSIA . . . MERDEKA . . . MERDEKA . . . MERDEKA . . .
p/s: Selamat meneruskan ibadah puasa dan Selamat meyambut hari kemerdekaan negara ke-52 . . . MERDEKA!!!!