Message

"Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya . . . Walaupun kita tidak mendapat apa yang dihajatkan...cukuplah kita bersyukur dengan apa yang kita miliki sekarang."

Ogos yang penuh kesibukan dan cerita . . .

Sudah lama tak update blog ni, maklum la…busy dengan pelbagai assignment dan program yang bertali arus muncul entah dari mana.hehe… Sejak tamat cuti khas H1N1 UiTM hari tu, banyak kelab dan persatuan di UiTM berlumba-lumba mahu buat program sebab mereka mahu kejar puasa. Puasa nanti kurang la program sikit rasanya. Yang sakitnya mestilah student…(padan muka.hahaha).

Sepanjang bulan Ogos ni, macam-macam perkara berlaku. Di UiTM Perlis berlangsung Festival Joget Asli yang disertai UiTM Se-Malaysia. UiTM Sabah pun turut ambil bahagian, tetapi mereka terpaksa melalui pelbagai halangan sebelum dapat pergi, itupun tanpa restu sepenuhnya dari HEP UiTM Sabah. But, Pengarah Kampus sokong mereka, so akhirnya mereka kembali dari Perlis dengan kemenangan. Walaupun just in 2nd place, but Pengarah Kampus very proud of them dengan komitment yang mereka tunjukkan. Bak kata Pengarah, “There is untold story behind their success”. (TAHNIAH PENARI-PENARI UiTM SABAH…)

Hujung minggu lepas adalah waktu yang penuh padat bagi aku, Jumaat malam ada program perasmian FESAM di Gym dan keesokan harinya, aku and classmates pergi melawat ke Kundasang dan Ranau. Happy juga la sebab pergi bersama kawan-kawan yang gila-gila.hehehe… Balik je dari Ranau tu, terus pula direct program BAsMI di Pusat Islam, walaupun aku tak berapa join BAsMI, tapi tetap dating sebagai sokongan. Malam tu tak dapat tidur sebab berjaga malam. Penat betul. Keesokan harinya, tengahari tu aku terus pula ke 1Borneo sebab ada urusan peribadi dan malamnya pula sekali lagi ada program di Gym. Jam 12 malam baru dapat tidur dan sedar-sedar keesokan harinya sudah jam 11 pagi. Alamat terlepas la kelas jam 10 pagi tu.hehehe…

Tambahan lagi, sepanjang minggu ini, setiap malam ada program UiTM yang terpaksa diikuti. Bayanghkanlah betapa sibuknya student UiTM Sabah sebelum Ramadhan menjelma. Malam ni pun ada pertandingan Suara Jati Pasca Merdeka. Yang ni aku akan pergi juga sebab penari-penari yang menang di Perlis hari tu akan perform malam ni. So, kena support la mereka.

Buat pengetahuan semua, Jumaat ini, kami sekelas akan buat program melawat Al-Jo Safari Garama di Beaufort, so satu lagi program menanti dan perlu diuruskan. Selepas itu, Ramadhan bakal menjelma dan telah dijanjikan ia akan membawa rahmat kepada diriku dan seluruh alam. Yang penting, hayatilah dan sambutlah Ramadhan dengan penuh kesyukuran.


P/s: SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK . . .

No comments:

Post a Comment