Message

"Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya . . . Walaupun kita tidak mendapat apa yang dihajatkan...cukuplah kita bersyukur dengan apa yang kita miliki sekarang."

Ramadhan Al-Mubarak

Hari ini bermulalah puasa yang dinanti-nantikan oleh umat Islam.(tapi tak la semua rasanya.hehehe). Semalam pun sudah kedengaran bilal-bilal melaungkan seruan untuk solat terawikh. Tapi semalam aku tak sempat solat terwikh berjemaah sebab ada program di Beaufort. Nak buat macam mana juga. But aku ada juga solat terwikh sendiri selepas pulang dari Beaufirt tu. Moga-moga amalan aku diterima sebab aku tak mahu miss solat terawikh tahun ni(InsyaALLAH).

Hari pertama ni macam lain sikit sebab tiba-tiba tak dapat lunch. Boleh tu boleh kalau nak makan, tapi berdosa la kalau makan siang-siang hari.(ish ish ish). Sempena bula Ramadhan ni, dapatlah rehat sikit sebab program pun tak banyak di UiTM ni. Kalau ada pun majlis berbuka puasa je. Sekarang pun nasib baik free sebab sepanjang minggu yang berlalu ni, terlampau banyak program, bukan program aku pun, tapi entah macam mana aku pula boleh terlibat.hahaha..(bak kata Franky...mencapub la tu).

Buat masa yang akan datang ni, aku kena fokos dulu pada program buka puasa anjuran kolej yang dijangka diadakan pada 10 September 2009(Khamis). Dah nama ketua projek, terpaksa la aku urus. Tapi aku ingat nak relax-relax je sebab nak bagi orang-orang baru belajar cara handle program. Sampai bila aku nak handle je kan. tapi aku rasa sengsara la diorang kalau kerja bawah aku.hahahaha...

Kepada semua yang menyambut Ramadhan . . . Jadikan Ramdhan wadah terbaik melakukan transformasi jiwa ke arah yang lebih baik. jangan la lakukan maksiat dan hentikan kerja-kerja yang boleh mengurang dan membatalkan pahala puasa kita.





p/s: Ramadhan penuh keberkatan...

No comments:

Post a Comment