Walau apa pun, pujian harus diberikan kepada skuad bola sepak lelaki dan skuad badminton wanita negara kerana melakar kejutan demi kejutan. Skuad bola sepak Malaysia misalnya yang sering menjadi bahan jenaka dan kritikan rakyat malaysia sendiri telah membuat kejutan dengan menumpaskan juara bertahan yang juga merupakan musuh tradisi iaitu Thailand. Kejayaan mengalahkan Thailand 2-1 membawa Malaysia ke Separuh Akhir menentang Laos yang dijadualkan malam ini. Apa lagi nak dikata, kejayaan tersebut juga memadamkan cakap-cakap sumbing pengkritik sukan tanah air. Bola Sepak Malaysia yang selalu dicemuh, kini dijulang megah. ini diakui jurulatih Thailand yang turut menyorak 'Malaysia Boleh' dalam sidang medianya. Malaysia memang boleh . . .
Tak cukup dengan itu, kejayaan skuad badminton wanita berpasukan negara sangat memberangsangkan. Buat pertama kalinya selepas 34 tahun, lagu 'Negaraku' berkumandang di podium untuk acara tersebut. Mereka yang tidak diberi banyak harapan berjaya mengalahkan Indonesia 3-1 dan mencipta sejarah sendiri selepas kali terakhir mendapat emas adalah pada tahun 1975. Syabas buat mereka kerana mengharumkan nama Negara Malaysia.

Di pusat akuatik pula, pasukan renang memang menyerlah dengan membolot pingat Emas, hari demi hari. Sasaran awal pingat Emas renang turut tercapai. Apal lagi nak dikata. Malaysia memang boleh!!!
p/s: Malaysia BOLEH!!!

No comments:
Post a Comment