Message

"Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya . . . Walaupun kita tidak mendapat apa yang dihajatkan...cukuplah kita bersyukur dengan apa yang kita miliki sekarang."

Salam Maal Hijrah

Hari ini berakhirlah tahun 1430 Hijrah…tahun bagi umat Islam yang dikira berdasarkan pergerakan bulan. Apabila masuknya waktu Maghrib, bermulalah tahun baru bagi kalendar Hijrah yang menjengah ke angka 1431. Serentak dengan itu, bermulalah kitaran baru perkiraan tahun yang berbeza cumalah tahunnya.

Sebagai rekod, kalendar Hijrah atau kalender tahunan umat Islam mula digunapakai sejak zaman Khalifah Saidina Umar Al-Khattab yang mengambil peristiwa penghijrahan Rasulullah dan umat Islam dari Kota Mekah Ke Kota Madinah atas perintah ALLAH SWT sebagai permulaan kepada tahun Hijrah. Peristiwa bersejarah ini menjadi peristiwa penting kepada bermulanya perluasan empayar Islam sehingga menjangkau 2/3 dunia. Namun akibat kerakusan kuasa, Empayar Islam yang gagah ini tumbang di zaman Kamal Atartuk. Dan sehingga hari ini, kita masih terkial-kial mencari kekuatan untuk bangkit semula.

Walau apa pun, Maal Hijrah yang bakal muncul ini bagiku pasti ada sinar baru bagi yang berusaha untuk menggapainya. Memang tak sah kalau di tahun baru tiada azam yang dipasang…kononnya sebagai pembakar semangat untuk mendapatkannya dalam tempoh setahun ini. Aku juga begitu. Ada beberapa impian yang ku harap dan ingin ku laksanakan sempena kedatangan 1431H ini. Antaranya:

1)Tidak lagi meninggalkan solat fardhu 5 waktu

2)Berhenti apa yang patut(hanya aku dan mereka yang berkenaan saja perlu tahu)

3)Belajar untuk Berjaya(sekurang-kurangnya Grad dengan 3 pointer ke atas . . .)


Ku harap impianku terlaksana. Selamat Menyambut MAAL HIJRAH 1431H buat semua...


p/s: Selamat tinggal 1430H . . .

No comments:

Post a Comment