Proton
Bila kita sebut pasal Proton, mesti yang pandang rendah terhadap jenama kebanggaan negara ini. Ada je yang tak kena dengan Proton pada pandangan mereka. Memang la bagus compare-compare ni, tapi janganlah sampai nak menjahanamkan pula. Mereka bilang Proton ni adalah contoh kereta yang gagal. Apa yang gagalnya? Ramai juga yang pakai Proton. Meraka cakap kalau proton di luar negara, memang tak laku. Ada ke mereka buat kajian? Mereka merungut yang kereta Proton tak berkualiti dan mahal. Kalau nak yang lebih berkualiti, tak nak pula bayar lebih. Ingat Proton ni badan kebajikan ke? Walaupun memang ia milik kerajaan tapi takkan la kita nak Proton rugi? Kalau rugi, siapa juga yang susah. Kita juga…..
Bola Sepak
Mereka cakap yang pasukan bola sepak kita takkan maju and akan kekal terus di takuk lama(iaitu gagal). Kalau memang begitu mindset orang kita, memang tak ke mana la bola sepak kita. Cubalah bagi idea and semangat sikit, barulah ada harapan untuk kita. Mereka kata, pemain kita lembik dan tak tahu main. Kalau kita pandai sangat, hentikanlah kutukan dan kita pula yang main dan mewakili negara. Baru kau rasa… tak susah nak kembalikan kegemilangan bola sepak kita sebagaimana suatu ketika dulu. Yang penting ada sokongan dari orang ramai. InsyaALLAH dengan latihan dan semangat, mungkin suatu hari kelak kita pasti kembali merajai bola sepak rantau Asia. MALAYSIA BOLEH!!!
Barang Malaysia
Mereka selalu complaint yang barang Malaysia tak berkualiti berbanding barangan import. Low class standard katanya. Betul ke low class atau kita malu nak mengakui yang negara kita memang ada potensi sebagai pengeluar berjaya? Kalau diamati betul-betul, ada juga barang Malaysia yang berkualiti dan menjadi tumpuan pelancong asing, tapi kita sahaja yang buat tidak nampak sebab kita dah terbiasa dengan barangan import. Kalau kita tak sokong barangan Malaysia, siapa lagi yang nak sokong? Semua bermula dengan kosong dan maybe suatu hari nanti, jenama Malaysia akan gah di persada dunia.
Filem Melayu
Sesetengah beranggapan kalau filem Melayu mesti tak best and tiada kualiti. Bak kata mereka, tak berbaloi tonton filem Melayu. Ish ish ish…. Mesti menjadi kutukan mereka selepas menonton padahal ada juga yang best and menarik. Bagi mereka, kalau yang terbaik semuanya dari luar negara. Jangan dibandingkan filem luar negara yang sememangnya dihasilkan dengan bajet beratus-ratus juta. Sedangkan kita punya filem hanya dihasilkan dengan modal sekitar RM 2 juta. Memanglah teknologi tak seberapa tapi yang penting kita bagi support dengan pembuat filem negara kita. Kita ambil contoh filem Spiderman dan Cicakman. Bila orang kita tonton Cicakman, mereka cakap, aksi terbang-terbang tu lucu padahal bila mereka tonton Spiderman, cukup kagum mereka padahal sama saja pun. Menipu juga pun. Atau terlampau bodohkah orang kita hingga boleh tertipu dengan filem import(hehehe). Filem Kita Wajah Kita….
Kerajaan Malaysia
Kalau bab berpolitik, memang orang kita semangat…semangat nak membangkang and mengutuk. Bagi mereka, apa yang kerajaan buat, semuanya tidak betul dan salah…even apa yang dilakukan kerajaan itu untuk kebaikan rakyat. Apa salah kerajaan dengan rakyat sehingga dihukum begitu? Yang salah dibetulkan dan yang betul perlu disokong. Bukan terus menerus membangkang dan menghukum kerajaan biarpun pada dasarnya memang kerajaan bertindak bijak. Bukan kerajaan perfect tapi at least cuba fahami hasrat kerajaan dan cuba betulkan apa yang sememangnya salah (yang salah sahaja). Kita sebagai rakyat yang berdemokrasi , cuba selidiki sebarang maklumat dan gunakan kebijaksanaan sendiri untuk menapis…bukan merima bulat-bulat. Ingatlah yang kita pun hidup berdasarkan subsidi kerajaan(hahaha).

p/s: MALAYSIA YANG AKU CINTAI

No comments:
Post a Comment