Message

"Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya . . . Walaupun kita tidak mendapat apa yang dihajatkan...cukuplah kita bersyukur dengan apa yang kita miliki sekarang."

Kita Hanya Mampu Mengharap

Sejak aku datang semula ke Sabah, macam-macam program yang aku rancang. Dan macam-macam rencana yang aku mahu lakukan sebelum aku sekali lagi terbang dari bumi Sabah. Namun tak semua menjadi dan tak semua yang aku bayangkan menjadi kenyataan. malah lebih teruk dari apa yang aku sangkakan.

This is my story . . .

Aku bayangkan yang aku masih diterima di sini, tapi yang aku dapat hanyalah musuh yang menanti untuk 'membunuh' aku. Why did i said that? Semua tahu yang aku sangat rapat dengan students di sini especially yang pernah menjadi freshie aku. So, I try to be friendly with them. Tapi rupanya aku silap. Kemesraan dan kebaikan aku terhadap mereka(khususnya girls) dibalas dengan cacian dan ugutan dari kekasih mereka. Macam la awek diorang tu cantik sangat(sudah pernah aku post dalam blog ni dulu).

Aku gambarkan yang aku akan diterima di sini, tapi rupanya sudah ada usaha untuk 'menghalau' aku dari sini. Some people here tak suka aku di sini sebab aku dikatakan mengongkong dan mengganggu mereka. Salahkah aku concerns about them?? Atau mereka takut aku akan mengancam dan mereka tidak lagi bebas melakukan apa mereka mahu? Aku hanya menghalang jika perbuatan itu satu perbuatan yang boleh merosakkan diri mereka.

Aku harapkan agar manusia yang aku anggap kawan menyokong dan memahamiku, tapi yang aku terima hanyalah fitnah dan umpatan mereka. Aku tahu aku tak sempurna, tapi janganlah menikamku dengan kata-kata berbisa sebab aku juga bukanlah malaikat yang dapat menerima dan menahan 'racun' bibir orang. Kalau tak suka sekalipun, janganlah hamburkan ayat-ayat tajam yang melukakan hatiku.

Aku ingin menambahkan kenalan dan teman, tapi aku hanya kehilangan rakan satu persatu. lepas satu, satu aku hilang kawan. Bukan aku ingin memutuskan pertalian, tapi aku sudah tidak sanggup dimalukan dan diperlakukan seolah-olah akulah yang bersalah dan semua kata-kata dan tingkah lakuku salah di matamu. Apa guna mempunyai kawan kalau mereka menentang aku. Apa erti kawan kalau tidak dapat memahami satu sama lain.

Kita hanya mampu menduga dan mengharap . . .

Dan sejak aku sampai di sini, pelbagai program yang ingin aku laksanakan tapi banyak pula halangan. Bermula dari masalah kewangan, kekangan Ramadhan dan smapailah kepada ancaman H1N1. Segala perancanganku terpaksa dibatalkan dan ditangguhkan. Aku hanya mampu kendalikan satu program dan itupun di luar jangkaan awal.

Samalah kes dengan Makan Malam Arab, aku try melaksanakan, dan walaupun ia dapat dijalankan(diuruskan orang lain), aku tidak dapat bersama pada malam itu atas sebab-sebab peribadi.

Kini aku mengharapkan program OPKIM Dadah dapat dijalankan, tapi sekali lagi aku tak dapat menyertainya sebab aku terpaksa pulang ke kelantan kerana menghadiri perkahwinan kawan baikku. Aku terpaksa lepaskan program itu sebab for me, kawan adalah segala-galanya. lebih-lebih lagi ia adalah perkahwinan kawan baik.

Sekali lagi . . Kita hanya mampu merancang . . .

p/s: Hanya ALLAH yang menentukan di akhirnya . . .

2 comments: