Message

"Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya . . . Walaupun kita tidak mendapat apa yang dihajatkan...cukuplah kita bersyukur dengan apa yang kita miliki sekarang."

Bila ALLAH menguji hambaNya . . .

Tidak sampai satu minggu, pelbagai musibah dan malapetaka melanda rantau Asia Tenggara. Bermula dengan Taufan Ketsana di Manila sehingga yang terbaru, gempa bumi di Padang, Sumatera. Jika diimbas kembali, walaupun kejadian bukan berlaku di Malaysia, tetapi rakyat di negara ini turut merasai tempiasnya biarpun tidak seteruk yang berlaku kepada negara jiran.

Taufan Ketsana yang menyerang Manila telah mengakibatkan lebih 200 manusia maut dan berjuta-juta yang lain terjejas. Dahsyat sungguh bala yang ALLAH timpakan sebagai satu peringatan kepada kita bahawa manusia ini lemah dan tidak berkuasa. Tidak cukup dengan Manila, khabarnya Taufan Ketsana ini turut menyerang Vietnam dan Kemboja yang sehingga hari ini dianggarkan berpuluh-puluh orang maut. Mungkin kebetulan atau suatu kejadian lain, tempat aku iaitu di Kota Kinabalu turut megalami ribut yang kuat pada hari yang sama Taufan Ketsana melanda Manila. Mana taknya, bumbung di asrama kami melayang hilang entah ke mana dan beberapa pintu rosak akibat ribut pada malam tersebut.

Kejadian di Padang, Sumatera juga tak kurang hebatnya bilamana gempa bumi berukuran 7.9 pada skala Richter telah menggegarkan wilayah tersebut. Setakat sekarang, 75 manggsa disahkan terbunuh dan diramalkan angka kematian akan mencecah 1000 orang. Kesan gempa tersebut turut dialami sebahagian negeri di Pantai Barat Semenanjung Malaysia, tak terkecuali Johor. Alhamdulillah tiada korban di Malaysia. Menggambarkan betapa kuatnya gempa tersebut dan mengembalikan nostalgia kepada Tragedi Tsunami tak berapa lama dulu.





Bila membaca akhbar hari ini, turut melaporkan kejadian angin kencang di Bachok, Kelantan yang mengakibatkan seorang maut, empat parah dan lebih 100 buah rumah rosak. Jerantut pula dihempap hujan batu, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.



Naik seram tengok akhbar hari ini. Malapetaka di sana sini. Mungkinkah semua musibah ini peringatan kepada keangkuhan manusia? Apa lagi musibah yang bakal datang . . .???

p/s: Astaghfirullahal'azim . . .

No comments:

Post a Comment