Message

"Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya . . . Walaupun kita tidak mendapat apa yang dihajatkan...cukuplah kita bersyukur dengan apa yang kita miliki sekarang."

Bila Negarawan Ulung Dihina. . .

Kisah paling gempar dalam negara buat masa ini tentunya kisah M. Sukumaran. Siapa dia M. Sukumaran? Dia ialah perwakilan MIC dari Pahang yang mencetuskan kontroversi ketika Perhimpunan MIC baru-baru ini bila mencadangkan agar diletakkan 'kalungan selipar' pada gambar Tun Dr. Mahathir Mohamad. Ini berikutan kritikan Tun bahawa Presiden MIC, Samy Vellu yang didakwa tidak pernah berbuat apa-apa kepada kaum India di negara ini sejak menjadi Presiden parti.

Akibat keceluparan M. Sukumaran itu, pelbagai pihak memberikan reaksi yang menuntut M. Sukumaran memohon maaf kepada Tun Mahathir kerana cadangan tersebut terlampau biadap buat seorang negarawan ulung yang banyak berjasa kepada pembangunan negara. Sebagai seorang negarawan, Tun Mahathir hanya memberi pendapat apa yang dirasakan benar. Kita semua tahu yang Tun telah lama berkhidmat dan sudah fasih selok-belok pentadbiran dan politik negara. Teguran Tun itu sepatutnya diterima dalam bentuk positif bagi memajukan lagi parti. Cadangan mengalungkan 'kalungan selipar' sesuatu yang yang tidak boleh diterima oleh mana-mana pihak.

Dan hari ini dalam Utusan Malaysia, M. Sukumaran memohon maaf secara terbuka kepada Tun Mahathir dan mengakui kesalahannya. Dan mengikut laporan tersebut, M. Sukumaran merasakan baru beliau sedar yang saranan beliau itu telah melukakan hati negarawan ulung negara khasnya dan juga rakyat Malaysia secara amnya.

p/s: Kami menyokong dan menghargai jasa Tun Dr. Mahathir . . .

No comments:

Post a Comment