
Selepas lebih dua bulan Lagenda Pop Michael Jackson meninggal dunia, semalam 4hb September 2009, jam 8 malam waktu tempatan (lewat 1 jam lebih dari waktu asal), telah berlangsung upacara pengkebumian beliau yang diadakan secara tertutup di Forest Lawn.
Mayat beliau telah disemadikan di dalam keranda emas selepas diberikan penghormatan terakhir oleh rakan taulan dan ahli keluarga terdekat. Anak-anak beliau sempat meletakkan sebuah mahkota di atas keranda emas tersebut dan difahamkan juga anak-anak MJ iaitu Prince Michael, Paris, dan Prince Michael II (Blanket) telah menyematkan sebuah nota di keranda bapa mereka yang tertulis "Daddy we love you, we miss you". Suasana sayu dan sedih turut dirakamkan di sekitar tempat pengkebumian tersebut. Antara selebriti yang hadir termasuklah ikon Hollywood, Elizabeth Taylor, pelakon Macaulay Culkin dan Chris Tucker.

Walaupun sudah lebih dua bulan sejak kematian ikon Pop dunia tersebut berlalu, namun sehingga ke hari ini kematiannya masih diselubungi misteri. Yang terbaru, punca kematian MJ di dalam sijil kematiannya telah diubah kepada satu pembunuhan. Ini berikutan penemuan bukti terbaru bahawa lagenda Pop tersebut mati akibat mengambil ubat atau dadah berbahaya yang diberikan oleh doktor peribadinya.
Satu lagi misteri yang tertanam bersama jasad MJ adalah persoalan adakah beliau benar-benar telah memeluk Islam sebagaimana yang dilaporkan secara meluas oleh media antarabangsa tahun lepas. Ini kerana MJ tidak pernah megiyakan atau menafikan berita tersebut. So, misteri itu kekal misteri sehingga ke hari ini.

Kembali kepada majlis pengkebumian tersebut, antara yang menarik untuk dikongsi . . . Adik-beradik Jackson yang kesemuanya memakai baju seragam dengan sut hitam beserta sarung tangan putih mengusung keranda Jackson dari kereta mayat. Penyanyi legenda, Gladys Knight kemudiannya mendendangkan lagu His Eye Is on the Sparrow sementara penulis lirik, Clifto Davis menyampaikan lagu popularnyanya, Never Can Say Goodbye. Adik-beradik lelaki Jackson kemudian mengusung keranda mendiang ke dalam Great Mausoleum di Forest Lawn, diikuti oleh para hadirin.
Apa yang pasti, bakat dan aura Lagenda Pop Michael Jackson akan terus dikenang dan tidak akan hilang dengan kematiannya. Suatu hari nanti pasti terjawab semua persoalan dan misteri yang ditinggalan MJ. Kepada MJ - You are a true Legend !!!
p/s: Rest In Peace MJ . . .

No comments:
Post a Comment