Message

"Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya . . . Walaupun kita tidak mendapat apa yang dihajatkan...cukuplah kita bersyukur dengan apa yang kita miliki sekarang."

September & Raya . . .

Alhamdulillah sudah hampir menjengah ke penghujung Ramadhan kali ini. Seminggu lagi umat Islam akan menyambut Hari Lebaran. Sejak dari hari Jumaat lepas, sudah ada warga UiTM Sabah yang pulang ke kampung halaman masing-masing walaupun lambat lagi nak raya.(hahahaha...semangat). Dan sekarang pun sudah kedengaran tarikh-tarikh mahu pulang beraya. Orang macam aku yang tak balik, hanya mampu mendengar dan tersenyum je la. Nak kata sedih, tidak la juga sebab dah biasa beraya di tempat orang. Tapi tak tahu lah kan time 1 Syawal nanti macam mana. Sekarang boleh la cakap(hehehe...).

September mungkin tiada apa-apa signifikannya bagi sesetengah orang. Namun tarikh 11 September pastinya menjadi igauan dunia kerana pada tarikh ini lapan tahun yang lalu telah runtuhnya menara WTC yang tersergam indah dek rempuhan pesawat yang kononya serangan ini didalangi Al-Qaeda. Biar siapa pun yang punya angkara, yang pasti nasib umat Islam sejak tarikh itu telah berubah dan membentuk Islamophobia. Itulah dia penangan 11 September.

09/09/09 pula merupakan tarikh yang cukup istimewa kerana selain angka 9, ia juga merupakan tarikh sambutan Hari Radio di Malaysia. Difahamkan ini adalah kali pertama Hari Radio disambut di Malaysia. Walau apa pun, sebagai pendengar, kami mahukan sajian halwa telinga yang terbaik dari radio-radio tempatan.hehehehe...

Berbalik kepada cerita raya tadi, Syrul and aku pun dah merancang perjlanan kami sepanjang raya kali ini. Berita baik buat kami ialah staff UiTM Sabah bersetuju nak buat jamuan raya selepas solat Aidilfitri. Mereka cakap hari tu, nak bawa juadah masing-masing dan kita makan ramai-ramai di Pusat Islam. Yang penting aku dengar ada Nasi Dagang, Soto dan macam-macam lagi. Tak sabar pula nak tunggu.hehehe... Selepas jamuan tu, kami ada pula jemputan pergi majlis rumah terbuka Ketua Menteri Dan Menteri-menteri Kabinet Negeri Sabah di Likas. Makan lagi.hahaha...

Kita tinggalkan dulu pasal raya(lambat lagi nak raya) . . . Bagi 10 malam terkhir ni aku bermalam di Pusat Islam supaya senang bangun sahur and solat subuh. Mana la tau kan rajin-rajin boleh la aku beribadat di Pusat Islam tu. Tapi setakat ni, masih belum berkesempatan la buat Qiamullail. Bangun pun dah nak dekat waktu Subuh. Sempat minum air je time bersahur tu. Lepas solat Subuh baru aku balik hostel and sambung tidur kalau dapat.hehe...

p/s: Selamat Pulang Berhari Raya & Hati-hati di Jalan Raya . . .

No comments:

Post a Comment