Message

"Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya . . . Walaupun kita tidak mendapat apa yang dihajatkan...cukuplah kita bersyukur dengan apa yang kita miliki sekarang."

Insaflah Wahai Pelaku Dosa

Manusia memang tak pernah lari dan terlepas walau sedikitpun daripada melakukan dosa samada kepada diri sendiri, ibu bapa, masyarakat dan juga dosa kepada Empunya alam iaitu ALLAH swt. Jika kita bergelar Muslim, sudah pasti kita tahu dan pernah mendengar dosa kecil mahupun dosa besar. Biarpun sekecil zarah sekalipun, ia tetap dosa dan akan pasti mendapat hukuman di mahkamah ALLAH kelak.

Namun di sebalik kesedaran kita akan kesan di akhirat kelak, kita tetap juga melakukan dosa. Yang paling menakutkan di akhir zaman ini adalah manusia khususnya umat Islam sendiri tidak lagi gentar dan takut bila melakukan dosa malah bersa megah dan bangga dengan dosa yang telah dilakukan. Tiada sedikitpun kekesalan di lubuk sanubari mahupun rasa bersalah dengan apa yang telah dilakukan.

Dosa tidak mengenal orang mahupun keturunan. Even anak seorang ustaz ataupun ahli ulamak juga mampu terpalit dengan dosa ini. Biarpun sedalam mana ilmu agama orang tuanya...ia tidak menjamin bahawa anaknya juga beragama. Ada yang lebih teruk, bapa ustaz, namun anak perangai saling tak tumpah macam setan. Ini bukan omongan malah terbukti dengan beberapa kejadian yang kita boleh lihat berlaku dalam masyarakat kita hari ini...mungkin teman kita atau mungkin saudara kita.

Memang dosa tetap akan dilakukan namun tidak pernahkah kita terfikir untuk cuba sedaya upaya mengawal diri agar tidak terjerumus ke dosa yang lebih besar? Didikan ibu bapa memang salah satu faktor, namun dalam hal ini, kekuatan mengawal diri itu lebih utama. Tidak guna didikan yang mencukupi andai diri sendiri gagal dikawal untuk melakukan dosa. Inilah dunia hari ini . . . Insaflah!!!

p/s: Kembali kepada ajaran Islam yang sebenar . . .

No comments:

Post a Comment