Message

"Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya . . . Walaupun kita tidak mendapat apa yang dihajatkan...cukuplah kita bersyukur dengan apa yang kita miliki sekarang."

This Is It . . .

Penulisan diambil dari www.utusan.com.my



INILAH dia! Sesuatu yang ditunggu-tunggu peminat fanatiknya selepas kematian Raja Pop, 25 Jun lalu. Dokumentari perjalanan latihan konsert This Is It, 50 siri konsert yang sepatutnya dijayakan di O2, London hanya 18 hari sebelum kematiannya akibat kegagalan fungsi jantung.

This Is It kini tidak hanya menjadikan Michael Jackson sebagai Raja Pop tetapi juga Raja Filem. Masakan tidak, filem kenangan itu yang ditayangkan di seluruh dunia bermula 28 Oktober lalu berjaya menduduki tangga teratas kutipan box-office.

Lima hari ditayangkan, kutipan mencecah AS$101 juta (RM347 juta) menjadikannya filem konsert yang tertinggi pernah dicatatkan sekali gus melenyapkan kedudukan filem Hannah Montana/Miley Cyrus: Best of Both Worlds Concert Tour yang sebelum ini mencatat kutipan paling banyak dengan jumlah AS$70 juta (RM240 juta) di seluruh dunia apabila ditayangkan tahun lalu.

Pun begitu, biarpun mencapai kejayaan cemerlang namun para peminat, keluarga dan teman-teman turut sama merasai pahit manis serta suka dan duka menyaksikan persembahan terakhir Jackson.

Dari Amerika Syarikat hingga ke Eropah dan Asia, filem konsert This Is It Jackson ini 'meletup' dan tayangan perdana di Los Angeles, tempat berlangsungnya rakaman latihan tersebut, turut dihadiri rakan artis antaranya Will Smith, Jennifer Lopez, Paris Hilton, Neil Patrick Harris, Katy Perry, Adam Lambert, Jennifer Love Hewitt dan pengasas Motown Records, Berry Gordy Jr.

Pengarah, Kenny Ortega, juga rakan yang telah lama menjalinkan usaha sama dengan Jackson turut menyeka air mata ketika menyambut para selebriti serta penari termasuk Paula Abdul yang hadir pada tayangan pembukaannya.

Malah bagi pengarah muzik dan penerbit bersekutu filem itu, Michael Bearden berpendapat, inilah projek pembikinan yang penuh pahit dan manis sepanjang kerjayanya namun dia gembira apabila dunia dapat menyaksikan kegemilangan Jackson di akhir-akhir hayatnya.

Malah tegasnya, dia dan Ortega mempertimbangkan Jackson pada setiap aspek dalam filem ini.

"Kami bersamanya setiap hari untuk tiga atau empat bulan terakhir hayatnya. Sekurang-kurangnya kami tahu apa kehendaknya," kata Bearden.

Abang Jackson, Jermaine pula berpendapat, filem tersebut membuktikan betapa adiknya itu sangat mementingkan kesempurnaan.

Bagi kebanyakan penonton yang telah menyaksikan filem kenangan ini, pasti akan tersentuh melihat aksi Jackson.

Dia mahukan yang terbaik dan menjadikan impiannya sesempurna mungkin. Juga ketelitiannya untuk mendapatkan produksi terbaik bagi konsert terakhirnya yang tidak kesampaian itu.

Jujur

Filem ini dianggap satu filem paling jujur untuk menggambarkan seorang Michael Jackson serta alam kreatif yang menjadi tunjang kehidupan seninya. Juga tentang keindahan vokalnya.

Menyaksikan filem berdurasi hampir dua jam yang dipetik daripada lebih 100 jam rakaman sepanjang latihan Jackson untuk konsert di London itu membuktikan anugerah yang diberikan kepada Jackson adalah satu penghargaan kepada artis yang tidak akan kita lihat lagi.

Disaran mempertimbangkan pencalonan di Anugerah Academy, peminat dan pengkritik turut beranggapan filem itu akan mengembalikan reputasi Jackson sebagai penghibur kelas dunia.

"Apa yang kami lakukan adalah bercerita dan memfilemkan untuk para peminat Jackson memahami apa yang diimpikan olehnya untuk mereka," kata Ortega yang turut menganggap kerja terakhir Jackson ini patut mendapat pengiktirafan sewajarnya.

Biar sering dianggap sebagai seorang yang mahukan segalanya sempurna, dia juga amat menyokong bakat-bakat muda dalam persembahan seni termasuk menyerlahkan pemain gitar Orianthi Panagaris, penyanyi Judith Hill dan penari Danielle Rueda Watts.

Sememangnya produksi ini membolehkan kita untuk mengenali siapa Jackson sebenarnya.

"Ia sebuah pembikinan yang amat cemerlang yang pernah saya tonton. Ia menggabungkan kebijaksanaan Michael dalam segala aspek kreativiti," demikian kata-kata teman baik Jackson, Elizabeth Taylor, 77 dalam laman sosial, Twitter.

Disenangi dan disayangi

Sepanjang latihan bagi persembahan konsert besar-besaran dan yang terakhirnya itu, ternyata ramai yang begitu mengambil berat soal kesihatan Jackson.

Malah Ortega berasa bertanggungjawab memastikan keadaan kesihatan Raja Pop itu berada pada tahap memberangsangkan.

'Sudah makan', 'sudah minum', semuanya ditanya oleh orang sekeliling yang terlibat dalam latihan persembahan konsert tersebut.

Dan bila mendapat jawapan daripada mulut Jackson, mereka akan menarik nafas lega dan Ortega selalu mengusik Jackson dengan kata-kata skeptikal, 'Michael?.'

"Michael sudah dewasa... Kami tidak mahu memanjakannya. Tapi kami sangat prihatin untuk memastikan dirinya sihat," kata Ortega pada satu temuramah.

Ortega memberitahu, biarpun bimbang dengan keadaan kesihatan Jackson, dia menolak andaian bahawa persediaan untuk menghadapi konsert itu menyebabkan Raja Pop itu tertekan. Malah ia adalah sebaliknya.

Jackson sangat optimis dan berkongsi segala idea dan keinginannya dengan produksi. Rentak tari juga muzik yang diimpikan.

"Sejak dari mula, Michael lantang menyuarakan kemahuannya dan kenapa dia mahukannya. Itulah sebabnya (konsert) itu This Is It dan filem ini adalah mengenai This Is It, satu keistimewaan untuk proses kreatif terakhir kerja-kerja teaterikal Jackson," jelas Ortega lagi.

p/s: Hadiah dari MJ untuk peminatnya . . .

No comments:

Post a Comment