Message

"Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya . . . Walaupun kita tidak mendapat apa yang dihajatkan...cukuplah kita bersyukur dengan apa yang kita miliki sekarang."

Bila ALLAH menguji hambaNya . . .

Tidak sampai satu minggu, pelbagai musibah dan malapetaka melanda rantau Asia Tenggara. Bermula dengan Taufan Ketsana di Manila sehingga yang terbaru, gempa bumi di Padang, Sumatera. Jika diimbas kembali, walaupun kejadian bukan berlaku di Malaysia, tetapi rakyat di negara ini turut merasai tempiasnya biarpun tidak seteruk yang berlaku kepada negara jiran.

Taufan Ketsana yang menyerang Manila telah mengakibatkan lebih 200 manusia maut dan berjuta-juta yang lain terjejas. Dahsyat sungguh bala yang ALLAH timpakan sebagai satu peringatan kepada kita bahawa manusia ini lemah dan tidak berkuasa. Tidak cukup dengan Manila, khabarnya Taufan Ketsana ini turut menyerang Vietnam dan Kemboja yang sehingga hari ini dianggarkan berpuluh-puluh orang maut. Mungkin kebetulan atau suatu kejadian lain, tempat aku iaitu di Kota Kinabalu turut megalami ribut yang kuat pada hari yang sama Taufan Ketsana melanda Manila. Mana taknya, bumbung di asrama kami melayang hilang entah ke mana dan beberapa pintu rosak akibat ribut pada malam tersebut.

Kejadian di Padang, Sumatera juga tak kurang hebatnya bilamana gempa bumi berukuran 7.9 pada skala Richter telah menggegarkan wilayah tersebut. Setakat sekarang, 75 manggsa disahkan terbunuh dan diramalkan angka kematian akan mencecah 1000 orang. Kesan gempa tersebut turut dialami sebahagian negeri di Pantai Barat Semenanjung Malaysia, tak terkecuali Johor. Alhamdulillah tiada korban di Malaysia. Menggambarkan betapa kuatnya gempa tersebut dan mengembalikan nostalgia kepada Tragedi Tsunami tak berapa lama dulu.





Bila membaca akhbar hari ini, turut melaporkan kejadian angin kencang di Bachok, Kelantan yang mengakibatkan seorang maut, empat parah dan lebih 100 buah rumah rosak. Jerantut pula dihempap hujan batu, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.



Naik seram tengok akhbar hari ini. Malapetaka di sana sini. Mungkinkah semua musibah ini peringatan kepada keangkuhan manusia? Apa lagi musibah yang bakal datang . . .???

p/s: Astaghfirullahal'azim . . .

Seminggu Berhari Raya . . .

Hari ni cukuplah seminggu di bulan Syawal atau lebih tepat di hari raya. Juga bermakna lengkaplah seminggu aku beraya di bumi Sabah.hehehe. Jom tengok apa aku buat sepanjang minggu ni.

Raya Pertama:

Seperti biasa la mesti sembahyang raya dan kali ni lokasinya adalah di Pusat Islam. Pagi tu aku bangun lambat sebab berjaga sampai ke Subuh untuk menyiapkan juadah hari raya. Tapi sempat juga la bersiap pakai baju Melayu(walaupun bukan baju baru) untuk sembahyang raya. Jemaah yang hadir pun tak ramai...macam satu saf je yang penuh.hehehe... Ok la tu daripada tiada kan. Banyak juga la juadah yang ada pagi tu seperti lemang, ketupat, nasi dagang, soto dan macam-macam lagi. TQ kepada staf UiTM yang sudi membawa makanan tersebut. Selepas tu aku bosan sebab tiada apa-apa mahu dilakukan. So, tengahari tu aku n kawan aku ke 1Borneo tengok wayang filem MOMOK.

Raya Kedua

Hari tu aku tak ada plan ke mana-mana. Hanya berada di Pusat Islam...kemas barang-barang. Bosan betul hari tu dan aku asyik makan nasi himpit n kuah kacang je. Tapi aku dengar banyak pula orang buat open haouse hari tu. Tapi tidak pula aku dapat mana-mana jemputan. Tapi malam tu, kawan aku Gabz datang bawa aku dan Syrul keluar tengok wayang. Kali ni kami tengok filem The Ugly Truth. Malam tu juga kami tidur di rumah Gabz.

Raya Ketiga

Pada hari ketiga raya aku ke Kota Belud...rumah Ijam(kawan Syrul). TQ to Irfan dan Nurul sebab bawa kami sekali beraya di Kota Belud. Nama kampung tu Kg. Tamau dan hari tu Ijam bawa kami ke pantai berhampiran. Panas juga la hari. Hanya Tuhan yang tahu. Yang menariknya, aku sempat ziarah kubur tome di sana. Kubur siapa aku tak tahu la. Bukan apa, pantai tu sebelah kubur, jadi secara automatiknya aku ziarah kubur la tu kan.hehehe... So, TQ to Ijam sebab bawa kami ke pantai dan sediakan makanan yang banyak dan enak buat kami.hahaha...







Raya Keempat

Hari tersebut paling memenatkan sebab aku ke Kota MArudu dengan Syrul. Mana taknya, memang penat ke sana naik motor. Jalan pula macam taknak bagi kami lalu je.hehehe. 2 jam juga la perjalanan kami ke sana(laju dah tu aku bawa). Di sana, kami beraya di rumah Ikhwan dan dia bawa pula kami beraya di rumah uncle dia. Uncle dia pla kenal aku sebab dulu aku ada buat program OPKIM di sana. So, orang sana kenal la aku(popular la katakan.hehehe...). Then Aku ke rumah keluarga angkat aku kat sana, tapi malngnya diorang tiada pula masa tu. Apa nak buat, dah suratan takdir tak dapat bertemu. Lepas tu, kami balik ke KK dan singgah pula rumah Puan Sumaffiatiee di IP. Sedap juga la makanan yang dihidangkan. Kenyag la kami hari tu dan penat juga la badan ni.

Raya Kelima

Raya kelima berlalu tanpa aku buat apa-apa. Just tengok drama Jepun 'Team Medical Dragon'. Best juga la drama tu.hehehe... That's It . . .

Raya Keenam

Hari tu hari Jumaat. So, sebelum solat Jumaat tu aku beraya dulu di Unit Kolej...di sana cuma ada Abg Zul dan Abg Karim. Yang lain masih lagi bercuti. Sakan betul diorang raya.hehehe... Lepas tu aku ke HEP pula. Sama juga tiada orang. Yang ada cuma Kak Zah dan Puan Zura. Time solat Jumaat pula tak cukup orang...tak sampai 30 orang pun yang ada. Jadi kami solat Zohor je la yang diimamkan oleh Ustaz Mazuki Izani. then tiada apa lagi yang boleh dibuat. So, sambung tengok drama Jepun tu.hahaha...

Hari Ketujuh

Hari ketujuh aku beraya di rumah Adyq(junior aku DBS) di Inanam. Lepas tu pergi pula Putatan...rumah Isam(member lama). Dan terbaru petang tu, aku ke rumah Imam dan ambil dia bawa pergi UiTM untuk ambil kereta dia(dapat juga la kuih raya dari Imam...TQ Imam). Itu je la. Dan Student pun mula sudah memnuhi ruang kolej ni. Tak la sunyi sangat UiTM Sabah ni.

. . . Begitulah jadual aku sepanjang seminggu berhari raya ni. Lepas ni tumpu balik dengan study dan kelas sebab Exam bakal menjelma dalam masa sebulan lagi. Kepada yang masih beraya...Selamat beraya!!!

p/s: Raya kan sebulan . . .

Salam Aidilfitri . . .

Bulan Ramadhan telah pun berlalu meninggalkan kita dan kini Syawal pula menjelma. Syawal datang bersama berkat dan kegembiraan. Inilah waktu untuk kita bermaaf-mafan. Oleh itu, sya mengambil peluang ini untuk memohon maaf seandainya ada salah dan silap yang telah saya zahirkan sama ada dengan sengaja ataupun tidak.

Selamat Hari Raya Aidilfitri . . . Maaf Zahir & Batin kepada semua pembaca blog dan juga kepada keluarga, sanak saudara dan rakan taulan.





p/s: Raya Raya Raya . . .

Esok Raya . . .

Walaupun ada pengumuman rasmi hari raya, namun semua sudah semangat dan yakin Raya Aidilfitri akan jatuh pada hari esok(20/09/09). So, pelbagai persiapan terakhir sedang sibuk dilakukan. Raya di desa dan kampung halaman pastinya meriah sebab dapat berkunjung sesama jiran dan sanak-saudara dari jauh semua datang berhimpun bersama di hari raya. Tapi bagi aku yang raya di tempat orang ni hanya mampu terbayang je la suasana meriah di desa halaman.(hehehe...)

Teringat lagi aku tatkala menyambut raya di Kelantan, raya pertama seperti biasa solat hari raya dan kemudian saling bermaaf-maafan sesama keluarga. Then, kami pergi menziarah rakan taulan dan sanak saudara. Hari kedua pula pasti kami akan menziarahi kubur dan kemudian berhari raya di rumah saudara. Hari ketiga dan seterusnya adalah waktu untuk menzarahi jiran tetangga dan memenuhi jemputan rumah terbuka.

Setiap tahun, aku dan kawan-kawan akan ada agenda penting iaitu menziarahi guru-guru time di sekolah rendah dan menengah. Walaupun dah lama tak bersua mata, namun peluang di hari raya pastinya diambil untuk kembali menjalin hubungan keakraban dengan guru-guru kami dulu.

Memang seronok kalau dapat berhari raya di desa dan kampung halaman, tapi oleh kerana terlalu jauh dari rumah, hanya kenangan dan ingatan dapat dinukilkan.(ayat power!!!hehehe...)

Tapi jangan dilupakan Ramadhan yang bakal meninggalkan kita. Hayatilah Ramadhan yang berlalu dan muhasabah diri kita...adakah cukup ibadah kita dan adakah kita mengambil peluang dari Ramadhan yang berlalu itu. Tepuk dada tanyalah IMAN. Tidak pasti lagi samada kita dapat bertemu kembali bulan Ramadhan yang penuh barakah ini. Apa-apa pun, tahniah kerana berjaya menjalankan ibadah puasa dan terawikh di bulan Ramadhan. Semoga Ramdha kali ini membawa seribu satu pengertian kepada kita sebagai hamba ALLAH yang Esa.

p/s: Selamat Tinggal Ramadhan & Selamat Datang Syawal . . .

Bila Negarawan Ulung Dihina. . .

Kisah paling gempar dalam negara buat masa ini tentunya kisah M. Sukumaran. Siapa dia M. Sukumaran? Dia ialah perwakilan MIC dari Pahang yang mencetuskan kontroversi ketika Perhimpunan MIC baru-baru ini bila mencadangkan agar diletakkan 'kalungan selipar' pada gambar Tun Dr. Mahathir Mohamad. Ini berikutan kritikan Tun bahawa Presiden MIC, Samy Vellu yang didakwa tidak pernah berbuat apa-apa kepada kaum India di negara ini sejak menjadi Presiden parti.

Akibat keceluparan M. Sukumaran itu, pelbagai pihak memberikan reaksi yang menuntut M. Sukumaran memohon maaf kepada Tun Mahathir kerana cadangan tersebut terlampau biadap buat seorang negarawan ulung yang banyak berjasa kepada pembangunan negara. Sebagai seorang negarawan, Tun Mahathir hanya memberi pendapat apa yang dirasakan benar. Kita semua tahu yang Tun telah lama berkhidmat dan sudah fasih selok-belok pentadbiran dan politik negara. Teguran Tun itu sepatutnya diterima dalam bentuk positif bagi memajukan lagi parti. Cadangan mengalungkan 'kalungan selipar' sesuatu yang yang tidak boleh diterima oleh mana-mana pihak.

Dan hari ini dalam Utusan Malaysia, M. Sukumaran memohon maaf secara terbuka kepada Tun Mahathir dan mengakui kesalahannya. Dan mengikut laporan tersebut, M. Sukumaran merasakan baru beliau sedar yang saranan beliau itu telah melukakan hati negarawan ulung negara khasnya dan juga rakyat Malaysia secara amnya.

p/s: Kami menyokong dan menghargai jasa Tun Dr. Mahathir . . .

Nak Raya Dah . . .

Nampaknya pelajar sudah mula berkurang sedikit demi sedikit sebab mereka balik kampung untuk beraya. Dalam meyambut Aidilfitri dalam masa 3 hari lagi, macam-macam la persiapan telah dibuat termasuklah bagi kami yang tak pulang beraya dan hanya beraya di kampus. Sekarang pun tengah-tengah fikir menu untuk dimasak bagi jamuan pagi Syawal kelak(hehehe...). Seperti yang dah diceritakan dalam post aku sebelum ni, raya kali ni kurang meriah sikit sebab ramai staf yang balik dan terbaru adalah Ustaz Rosmat. Semalam pun solat terawikh tak sampai satu saf yang ada(itu pun kalau dah ditambah bilangan jemaah perempuan). Malam ni lagi la kurang rasanya and takut-takut nanti solat Jumaat tak cukup jemaah.hehehe...

Sementara itu, soalan yang paling lazim tatkala ini ialah 'Bila kau balik?' Ramai juga orang tak percaya bila aku cakap yang aku tak balik dan beraya di kampus. Percaya je la . . . Bukan taknak balik ikut kawan-kawan di Sabah ni, tapi kalau ikut nanti, tiada pula yang mengurus di Pusat Islam(takkan la nak tinggal Bilal sorang-sorang). Dua hari lepas pun keluarga angkat aku di Cocos, Lahad Datu tanya adakah aku balik sana nanti sebab YB Salleh ada jemput ke rumah terbuka Aidilfitri kat sana. Tapi insyaALLAH kalau aku tak balik raya ni pun, aku balik nanti cuti semester ke Lahad Datu.

Untuk raya kali ni, jadual pun aku dah plan sikit-sikit bersama Syrul. Buat masa ni cuma plan beraya di rumah-rumah staf berdekatan. Kami juga rancang nak beraya di Kota Belud dan Kota Marudu kalau ada kelapangan. Kalau ada lagi rumah-rumah terbuka, akan kami kunjungi.hehehe...

p/s: Aidilfitri Menjelang Tiba . . .

September & Raya . . .

Alhamdulillah sudah hampir menjengah ke penghujung Ramadhan kali ini. Seminggu lagi umat Islam akan menyambut Hari Lebaran. Sejak dari hari Jumaat lepas, sudah ada warga UiTM Sabah yang pulang ke kampung halaman masing-masing walaupun lambat lagi nak raya.(hahahaha...semangat). Dan sekarang pun sudah kedengaran tarikh-tarikh mahu pulang beraya. Orang macam aku yang tak balik, hanya mampu mendengar dan tersenyum je la. Nak kata sedih, tidak la juga sebab dah biasa beraya di tempat orang. Tapi tak tahu lah kan time 1 Syawal nanti macam mana. Sekarang boleh la cakap(hehehe...).

September mungkin tiada apa-apa signifikannya bagi sesetengah orang. Namun tarikh 11 September pastinya menjadi igauan dunia kerana pada tarikh ini lapan tahun yang lalu telah runtuhnya menara WTC yang tersergam indah dek rempuhan pesawat yang kononya serangan ini didalangi Al-Qaeda. Biar siapa pun yang punya angkara, yang pasti nasib umat Islam sejak tarikh itu telah berubah dan membentuk Islamophobia. Itulah dia penangan 11 September.

09/09/09 pula merupakan tarikh yang cukup istimewa kerana selain angka 9, ia juga merupakan tarikh sambutan Hari Radio di Malaysia. Difahamkan ini adalah kali pertama Hari Radio disambut di Malaysia. Walau apa pun, sebagai pendengar, kami mahukan sajian halwa telinga yang terbaik dari radio-radio tempatan.hehehehe...

Berbalik kepada cerita raya tadi, Syrul and aku pun dah merancang perjlanan kami sepanjang raya kali ini. Berita baik buat kami ialah staff UiTM Sabah bersetuju nak buat jamuan raya selepas solat Aidilfitri. Mereka cakap hari tu, nak bawa juadah masing-masing dan kita makan ramai-ramai di Pusat Islam. Yang penting aku dengar ada Nasi Dagang, Soto dan macam-macam lagi. Tak sabar pula nak tunggu.hehehe... Selepas jamuan tu, kami ada pula jemputan pergi majlis rumah terbuka Ketua Menteri Dan Menteri-menteri Kabinet Negeri Sabah di Likas. Makan lagi.hahaha...

Kita tinggalkan dulu pasal raya(lambat lagi nak raya) . . . Bagi 10 malam terkhir ni aku bermalam di Pusat Islam supaya senang bangun sahur and solat subuh. Mana la tau kan rajin-rajin boleh la aku beribadat di Pusat Islam tu. Tapi setakat ni, masih belum berkesempatan la buat Qiamullail. Bangun pun dah nak dekat waktu Subuh. Sempat minum air je time bersahur tu. Lepas solat Subuh baru aku balik hostel and sambung tidur kalau dapat.hehe...

p/s: Selamat Pulang Berhari Raya & Hati-hati di Jalan Raya . . .

Nuzul Quran . . .

Semalam 17 Ramadhan menandakan satu lagi tarikh yang diingati dan dirahmati kerana pada tarikh inilah dikhabarkan bermulanya Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad melalui perantaraan malaikat Jibril. Mungkin ramai umat Islam tidak sedar atau buat-buat lupa betapa keramatnya tarikh ini dalam sejarah Islam.

Ayat pertama yang diturunkan adalah IQRA' iaitu BACALAH . . . Ketika Nabi diperdengarkan ayat ini, menggigil tubuh Nabi Muhammad dan peristiwa itu telah merubah lanskap agama Islam yang suci. Ia menandakan bermulalah Islam sebagai satu cara hidup dan bukannya sekadar satu agama semata-mata.

Al-Quran lengkap meliputi keseluruhan aspek kehidupan merentasi zaman dan waktu. Dari sekecil-kecil perkara sehinggallah sebesar-besar perkara, semuanya terangkum dalam Kitab Al-Quran.

Ketika dalam tazkirah ringkas sebelum menunaikan solat terawikh semalam, Ustaz Rosmat (boss Pusat islam) menceritakan betapa masyarakat Arab khususnya sangat menanti-nantikan Ramadhan sebagai bulan Al-Quran. Di mana-mana sahaja, tak kira pangkat, semua masyarakat membaca Al-Quran dan mendengar dengan khusyuk tatkala ayat-ayat Al-Quran kedengaran. Namun, situasi itu jauh jika dibandingkan di Malaysia. Masyakat kita seolah-olah malu untuk membaca Al-Quran. Seakan-akan dosa besar bila membaca Al-Quran. Astaghfirullahal'azim . . .

So, di hari Nuzul Quran ini, marilah kita melakukan satu anjakan paradigma dengan melaksanakan tanggungjawab kita kepada Al-Quran iaitu membaca, memahami dan beramal dengan isi kandungannya. Jadikan Ramadhan kali ini sebagai satu permulaan ke arah masyarakat Malaysia berbudaya Al-Quran. AMIN . . .

p/s: Al-Quran satu mukjizat yang dirahmati . . .

R.I.P King Of Pop




Selepas lebih dua bulan Lagenda Pop Michael Jackson meninggal dunia, semalam 4hb September 2009, jam 8 malam waktu tempatan (lewat 1 jam lebih dari waktu asal), telah berlangsung upacara pengkebumian beliau yang diadakan secara tertutup di Forest Lawn.

Mayat beliau telah disemadikan di dalam keranda emas selepas diberikan penghormatan terakhir oleh rakan taulan dan ahli keluarga terdekat. Anak-anak beliau sempat meletakkan sebuah mahkota di atas keranda emas tersebut dan difahamkan juga anak-anak MJ iaitu Prince Michael, Paris, dan Prince Michael II (Blanket) telah menyematkan sebuah nota di keranda bapa mereka yang tertulis "Daddy we love you, we miss you". Suasana sayu dan sedih turut dirakamkan di sekitar tempat pengkebumian tersebut. Antara selebriti yang hadir termasuklah ikon Hollywood, Elizabeth Taylor, pelakon Macaulay Culkin dan Chris Tucker.





Walaupun sudah lebih dua bulan sejak kematian ikon Pop dunia tersebut berlalu, namun sehingga ke hari ini kematiannya masih diselubungi misteri. Yang terbaru, punca kematian MJ di dalam sijil kematiannya telah diubah kepada satu pembunuhan. Ini berikutan penemuan bukti terbaru bahawa lagenda Pop tersebut mati akibat mengambil ubat atau dadah berbahaya yang diberikan oleh doktor peribadinya.

Satu lagi misteri yang tertanam bersama jasad MJ adalah persoalan adakah beliau benar-benar telah memeluk Islam sebagaimana yang dilaporkan secara meluas oleh media antarabangsa tahun lepas. Ini kerana MJ tidak pernah megiyakan atau menafikan berita tersebut. So, misteri itu kekal misteri sehingga ke hari ini.





Kembali kepada majlis pengkebumian tersebut, antara yang menarik untuk dikongsi . . . Adik-beradik Jackson yang kesemuanya memakai baju seragam dengan sut hitam beserta sarung tangan putih mengusung keranda Jackson dari kereta mayat. Penyanyi legenda, Gladys Knight kemudiannya mendendangkan lagu His Eye Is on the Sparrow sementara penulis lirik, Clifto Davis menyampaikan lagu popularnyanya, Never Can Say Goodbye. Adik-beradik lelaki Jackson kemudian mengusung keranda mendiang ke dalam Great Mausoleum di Forest Lawn, diikuti oleh para hadirin.

Apa yang pasti, bakat dan aura Lagenda Pop Michael Jackson akan terus dikenang dan tidak akan hilang dengan kematiannya. Suatu hari nanti pasti terjawab semua persoalan dan misteri yang ditinggalan MJ. Kepada MJ - You are a true Legend !!!

p/s: Rest In Peace MJ . . .

Ramadhan: Hari ke-14

Hari ini genaplah 14 hari Umat Islam berpuasa. Sedar tak sedar, sudah hampir menjengah separuh Ramadhan berlalu. Setakat ni puasa aku masih lagi penuh la. Alhamdulillah . . . Walaupun banyak dugaan orang-orang sekeliling yang tak puasa, tapi aku still la dapat meneruskan puasa aku ni.hehehe . . Diharapkan aku dapat menruskan puasa ini sehingga ke penghujungnya.

Minggu ni tidak banyak sangat perkara yang berlaku. Cuma busy sikit dengan assignment dan test. Penat betul menjadi mahasiswa ni. Tapi tidak apa la . . . dah nama pun pelajar, jadi belajar je la kan.hahaha . . .

Aku nak kongsi satu perkara yang betul-betul mengagumkan aku. 3 hari lepas seorang yang bergelar Spiderman Perancis telah Berjaya menawan KLCC. Betul-betul kerja gila la dia buat. Tanpa pakai apa-apa alat atau tali, dia berjaya ke puncak KLCC dan berdiri di atas tu sambil kibarkan Jalur Gemilang. Dulu pun dia pernah juga cuba naik dalam tahun 1997 dan 2007, tapi usaha dia gagal sebab polis haling. Tapi kali ni dia Berjaya sebab dia panjat KLCC pun time2 subuh, ketika waktu masih gelap. Dalam mas kurang 3 jam je, dia dapat tawan puncak KLCC tu. Memang tepatlah gelaran ‘Spiderman’ yang diberikan kepada mamat sorang ni.




Sementara tu di UiTM Sabah sekarang, semua student diarahkan utuk memakai topeng penutup mulut dan hidung sebagai langkah berjaga-jaga tangani wabak H1N1 (tak habis-habis lagi dengan H1N1 ni). Jadi sebagai, pelajar, terima je la arahan ni sebab apa yang dilakukan adalah untuk kebaikan bersama.hehehe . . .

Berbalik kepada Ramadhan, selepas berlalu 2 minggu Ramadhan, maka bermulalah congak-congak untuk berhari raya. Ramai yang bercerita tentang balik kampong. Ada yang balik awal dan ada juga yang balik pagi raya. Tapi aku tak kesah sebab aku memang tak balik raya tahun ni. Beraya di UiTM sabah lagi la nampaknya. Kali ni Cuma tinggal aku and Syrul sambut raya di sini. Kawan-kawan yang lain semua balik.huhuhu . . . Ada juga yang jemput beraya di kampong diorang. Keluarga angkat aku di Cocos pun suruh balik kalau dapat. Tapi apakan daya, tak dapat ikut balik sebab perlu juga jaga uiTM ni time raya…hehehe… Lagipun ad kawan aku kat sini tak balik, takkan la aku nak balik pula kan…

p/s: Raya di mana-mana pun sama juga rasanya(Cuma tanpa keluarga dan kawan-kawan rapat.huhuhu . . .)