Message

"Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya . . . Walaupun kita tidak mendapat apa yang dihajatkan...cukuplah kita bersyukur dengan apa yang kita miliki sekarang."

Selamat Tahun Baru 2010 !!!



p/s: Selamat Tinggal 2009 yang penuh cerita . . .

Minggu Mesra Siswa

MMS atau Minggu Mesra Siswa kini kembali!!! Program yang berbentuk orientasi bagi pelajar baru yang mendaftar di UiTM. Di mana-mana kampus UiTM aka nada program sebegini cua caranya yang berlainan. MMS adalah satu wadah university untuk mendedahkan pelajar baru kepada persekitaran baru yang bakal mereka tempuh sepanjang pengajian mereka di UiTM. Namun persoalannya adakah kaedah pelaksanaan MMS masih relevan dan bersesuaian dengan dunia hari ini?

Ada kalanya kita dapat lihat kekasaran berlaku…teriakan bergema di mana-mana. perlukah pelajar baru diperlakukan sedemikian rupa. Mungkin dulu ia berkesan dalam mendisiplinkan seseorang, namun kebelakangan ini, perkara sebegitu dilihat hanya menambahkan sifat memberontak dalam diri pelajar baru. Bila diperhatikan, apabila si pelajar baru ini menjadi senior, dia pula yang mebuli orang lain…alasannya ingin balas dendam dengan apa yang dia lalui semasa menjadi pelajar baru.ish ish ish . . .

Tapi sebenarnya semua itu hanaya alas an. Ingin melepaskan batuk di tangga. Bukan salah AJK MMS, tapi itu salah satu cara untuk mendidik. Bukan berkasar tapi bertegas. Bukan marah tapi nasihat…. Bukan nak backup tapi menegakkan fakta.hehehe… Kalu tak bertegas begitu, susah bago pelajar baru mengikut peraturan apa lagi dalam disiplin.

Jom cerita pasal AJK MMS pula atau di UiTM Sabah lebihy dikenali dengan gelaran Peers Mentor. Aku pernah menjadi peers Mentor selama 4 semester. Dua kali ketika aku bergelar MPP. Memang best menjadi Peers Mentor jika kita enjoy melakukannya. Kami cuba elakkan stress menjadi Peers Mentor kerna kami ingin semua rasai kepuasan dan keseronokan bersama pelajar baru.

Apabila bergelar Peers Mentor, kita boleh rasakan satu amanah dan tanggungjawab yang besar. pelajar-pelajar baru adalah ibarat adik-adik kita yang perlukan perlindungan dan bimbingan. Melihat mereka meniti setiap semester sehinggag Grad adalah sesuatu yang cukup membanggakan kita sebagai Peers Mentor. Memang banyak ragam pelajar baru, tapi menjadi tugas kita untuk membimbing dan menjaga mereka. Tugas peers Mentor bukan terhad dalam MMS tapi juga sepanjang masa.

Kepada pelajar baru, hargailah Peers mentor anda dan tunjukkanlah prilaku yang baik kerna setiap langkah dan perbuatan adalah melambangkan Peers Mentor yang menjaga anda.

p/s: Aku masih merindui MMS

Merry Christmas!!!

Hari ini hari Jumaat dan kalu diimbau balik kebelakangan ni banyak betul Jumaat menjadi hari cuti umum. Mana tidaknya, Hari Raya Aidil Adha yang lepas jatuh pada hari Jumaat. Then Maal hijrah pun hari Jumaat juga. Kali ni, sambutan Hari Natal juga jatuh pada hari Jumaat. Tak terkecuali minggu depan...pada hari Jumaat sekali lagi kita ada cuti meraikan Tahun Baru 2010. Semuanya hari Jumaat...mungkin ada rahmat di sebaliknya yang telah ALLAH rencanakan untuk hambaNYA.

So, let's story pasal Christmas. Hari Krismas atau dikenali juga Hari Natal adalah perayaan bagi penganut Kristian di seluruh dunia. Di Malaysia kita bertuah kerana tanpa mengira bangsa dan agama, semua meraikan Krismas tapi berlainan sambutan. Sebagai umat Islam, walaupun tidak menyambutnya, kita masih dapat merasakan kemeriahanya bilamana melihat rakan yang beragama Kristian menyambutnya. Sungguh bertuah hidup di Malaysia.


Pusat-pusat beli belah di seluruh negara dihiasi dengan semangat Krismas termasuklah hiasan lampu-lampu dan pokok-pokok Krismas. Amalan rumah terbuka ada juga yang melaksanakannya bersesuaian dengan semangat muhibbah 1Malaysia.

Walau apa pun dan bagaimana cara sekalipun sambutan Krismas, marilah kita kekalkan perpaduan yang ada. SELAMAT MEYAMBUT HARI NATAL!!!

p/s: Menunggu Santa bagi hadiah.hehe....

Ada yang Melawat . . .

Sejak khamis lalu sehingga Isnin lepas, aku sibuk dengan program sempena lawatan student dari UiTM Shah Alam. bukan sibuk apa...tapi lebih kepada menyidbuk.hehehe... Rombongan seramai 20 orang tu terdiri dari JPK dan PPP kolej Melati di Shah Alam. So, yang dtang pun semua perempuan.hahaha.. Sepanjang 5 hari mereka di sini, banayk tempat yang mereka pergi...tempat baru bagi mereka dan tempat berulang kali bagi kami..hahaha...

Hari Pertama

Mereka tiba hari Khamis jam 12.30 tgh. Nak dijadikan cerita, aku, En Ardey and En Asran pergi menunggu mereka di Terminal 2 Tg Aru. Namun apabila dihubungi, rupanya mereka naik MAS dan tiba di KKIA. Apa lagi, bergegas la kami ke sana. Sebaik dari KKIA, kami terus bawa mereka makan di Indah Permai sebelum daftar di kolej Cluster A. Malmnya pula kami bawa mereka makan malam. Mula-mula tu nak bawa ke Tg Aru, tapi kami fikir lebih baik bawa mereka makan di Anjung Selera Tg Lipat. Walaupun seram tapi makanannya sedap dan tempat pun menarik. Selepas itu, kami ke KK pula untuk membeli belah di Pasar Malam Kg Air. Penat juga la aku berjalan di Pasar Malam tu. Entah apa la diorang beli di Pasar Malam tu.

Hari Kedua

Hari kedua mereka berjalan aku aku tidak join sebab ada hal. Tapi yang aku tahu, hari tu mereka melawat Muzium Negeri, Monsupiad dan bermain Boling di 1Borneo.

Hari Ketiga

Kali ni jauh sikit. Kami bawa mereka berjalan-jalan ke sebelah Ranau. Macam biasa la, bawa mereka ke Poring. Hari tu ramai gila pengunjung di sana. Nak mandi pun perlu berbaris. Aduii.. tapi aku tidak la mandi..malas... Lagipun banyak kali sudah aku ke sana tu. Kami bertolak dari Poring jam 3 petang and on the way balik tu, kami singgah lagi minum-minum di kundasang. Punya la sejuk..lebih-lebih lagi hari tu hujan... Ingatkan bila habis di Ranau, maka habis la program hari tu...rupanya malam tu terus kami ke KK sekali lagi untuk ke Pasar Malam. Berjalan-jalan di sekitar tu sampai la jam 10.00 malam. Lepas tu baru la pulang ke kolej.

Hari Keempat

Pagi-pagi lagi kami keluar untuk singgah di Gaya Street bagi meninjau kawasan itu(cukupkan syarat melancong). Then, dari sana terus kami ke Jeti untuk ke Pulau Manukan. Di Pulau Manukan pula mereka bergembira sakan. Macam-macam benda diorang try seperti, Banana Boat, Snorkelling dll ... Kami di Pulau Manukan sampai jam 3.30 petang. Bila sampai ke jeti, kami ke bandar sekali lagi sebab diorang tak habis lagi berjalan di sana.hehehe... Penat....!!! Tapi best juga la sebab dah lama aku tak berjalan kan..

Hari Kelima

Hari terakhir mereka di Sabah. Pagi tu, lepas makan di IP...kami terus ke UMS bagi melawat kawasan di dalam UMS seperti muzium dan akuarium UMS. Boleh nampak riak wajah mereka yang gembira dapat melengkapkan lawatan di Sabah. Dari UMS, kami terus ke KKIA. Masing-masing bawa tambahan barang. Buah tangan la konon untuk keluarga di Semenanjung. BYE BYE KOLEJ MELATI!!!

Itulah sepanjang 5 hari program bersama warga Kolej Melati. Walaupun penat tapi best sebab dapat melawat banyak tempat. Bila pula agaknya UiTM Sabah nak buat lawatan ke tempat lain??hehehe..

p/s: Siapa lagi la lepas ni nak melawat?

Malaysia JUARA !!!

Semalam pasukan bola sepak negara menamatkan kemarau 20 tahun pingat emas apabila anak buah K. Rajagobal itu menang ke atas Vietnam dalam perlawanan Akhir Sukan SEA di Laos. Kali terakhir Malysia mempeoleh emas dalam acara tersebut adal pada tahun 1989 di Kula Lumpur. Pada tahun 2001, pasukan negara sekali lagi mara ke akhir tetapi dinafikan ema olah Thailand dengan kekalahan 2-1.


Namun sejarah adalah masa lalu, semalam dengan semangat berpasukan, mereka beraksi mati-matian demi menghadiahkan negara dengan kalungan pingat emas. Biarpun gol hasil gol sendiri Vietnam, namun semangat juang mereka yang sebenarnya menghadiahkan kemenangan buat mereka dan meninggalkan Vietnam dengan berputih mata.

Mengulas kemenangan bersejarah itu, Rajagobal berkata, dia amat gembira kerana berjaya memberikan kemenangan acara bola sepak Sukan SEA selepas 20 tahun menanti.

Katanya, dia bangga dengan semangat dan kesungguhan pemain di sepanjang perlawanan sehingga berjaya menjelmakan kejayaan yang dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia.

“Kemenangan ini amat besar maknanya bagi saya. Saya amat gembira kerana kami akhirnya berjaya juga memberikan kemenangan yang kita sama-sama nantikan sejak sekian lama.

“Pujian harus perlu diberikan kepada para pemain yang memberikan segala-galanya di atas padang demi merealisasikan impian kita selama ini.

“Kemenangan ini adalah untuk rakyat Malaysia. Lebih penting emas yang kita menangi ini diharap akan mengangkat kembali martabat bola sepak Malaysia,” katanya. – UTUSAN


p/s: Syabas pasukan bola sepak negara!!!

Salam Maal Hijrah

Hari ini berakhirlah tahun 1430 Hijrah…tahun bagi umat Islam yang dikira berdasarkan pergerakan bulan. Apabila masuknya waktu Maghrib, bermulalah tahun baru bagi kalendar Hijrah yang menjengah ke angka 1431. Serentak dengan itu, bermulalah kitaran baru perkiraan tahun yang berbeza cumalah tahunnya.

Sebagai rekod, kalendar Hijrah atau kalender tahunan umat Islam mula digunapakai sejak zaman Khalifah Saidina Umar Al-Khattab yang mengambil peristiwa penghijrahan Rasulullah dan umat Islam dari Kota Mekah Ke Kota Madinah atas perintah ALLAH SWT sebagai permulaan kepada tahun Hijrah. Peristiwa bersejarah ini menjadi peristiwa penting kepada bermulanya perluasan empayar Islam sehingga menjangkau 2/3 dunia. Namun akibat kerakusan kuasa, Empayar Islam yang gagah ini tumbang di zaman Kamal Atartuk. Dan sehingga hari ini, kita masih terkial-kial mencari kekuatan untuk bangkit semula.

Walau apa pun, Maal Hijrah yang bakal muncul ini bagiku pasti ada sinar baru bagi yang berusaha untuk menggapainya. Memang tak sah kalau di tahun baru tiada azam yang dipasang…kononnya sebagai pembakar semangat untuk mendapatkannya dalam tempoh setahun ini. Aku juga begitu. Ada beberapa impian yang ku harap dan ingin ku laksanakan sempena kedatangan 1431H ini. Antaranya:

1)Tidak lagi meninggalkan solat fardhu 5 waktu

2)Berhenti apa yang patut(hanya aku dan mereka yang berkenaan saja perlu tahu)

3)Belajar untuk Berjaya(sekurang-kurangnya Grad dengan 3 pointer ke atas . . .)


Ku harap impianku terlaksana. Selamat Menyambut MAAL HIJRAH 1431H buat semua...


p/s: Selamat tinggal 1430H . . .

Demam

Masuk hari ini, sudah 3 hari aku demam. Dan selama itu jugalah aku terbaring di katil. Sudah lama aku tak demam sebegini dan kali ni bila ia menyerang, aku rasa tak bermaya, seluruh badanku sakit dan selera makanku turut hilang.

Mengikut rekod, aku akan alami demam setahun sekali...maknanya, aku akan alami demam yang teruk setiap setahun, namun sejak 5 tahun ni, demam tersebut tidak menyerang. Aku pun tak tahu kenapa. Demam sikit-sikit tu ada la, tapi tidak la seteruk yang biasa aku alami. Mungkin dulu aku banyak buat dosa, sebab tu ALLAH mahu beri aku peringatan. Dan 5 tahun kebelakangan ini, kurang sudah sikit kot dosa aku.(hehe...)

Bila demam ni, nak update blog or Facebook pun terasa penat. So, aku sambung la ceritera aku bila aku sihat nanti...

p/s: Doakan aku cepat sembuh . . .

Malaysia BOLEH!!!

Kontinjen Sukan SEA negara sekarang sedang berjuang untuk menjulang nama Malaysia di pentas sukan. Memang tidak ramai yang menyedari akan berlangsungnya Sukan ini memandangkan tiada liputan rasmi di media massa. Ini disebabkan hak penyiaran kejohanan yang terlalu mahal dikenakan oleh tuan rumah Laos. Jadi, hanya melaui berita sahaja la kita dapat mengikuti kejohanan ini.

Walau apa pun, pujian harus diberikan kepada skuad bola sepak lelaki dan skuad badminton wanita negara kerana melakar kejutan demi kejutan. Skuad bola sepak Malaysia misalnya yang sering menjadi bahan jenaka dan kritikan rakyat malaysia sendiri telah membuat kejutan dengan menumpaskan juara bertahan yang juga merupakan musuh tradisi iaitu Thailand. Kejayaan mengalahkan Thailand 2-1 membawa Malaysia ke Separuh Akhir menentang Laos yang dijadualkan malam ini. Apa lagi nak dikata, kejayaan tersebut juga memadamkan cakap-cakap sumbing pengkritik sukan tanah air. Bola Sepak Malaysia yang selalu dicemuh, kini dijulang megah. ini diakui jurulatih Thailand yang turut menyorak 'Malaysia Boleh' dalam sidang medianya. Malaysia memang boleh . . .

Tak cukup dengan itu, kejayaan skuad badminton wanita berpasukan negara sangat memberangsangkan. Buat pertama kalinya selepas 34 tahun, lagu 'Negaraku' berkumandang di podium untuk acara tersebut. Mereka yang tidak diberi banyak harapan berjaya mengalahkan Indonesia 3-1 dan mencipta sejarah sendiri selepas kali terakhir mendapat emas adalah pada tahun 1975. Syabas buat mereka kerana mengharumkan nama Negara Malaysia.


Di pusat akuatik pula, pasukan renang memang menyerlah dengan membolot pingat Emas, hari demi hari. Sasaran awal pingat Emas renang turut tercapai. Apal lagi nak dikata. Malaysia memang boleh!!!

p/s: Malaysia BOLEH!!!

Hujan Pun Menangis - Anang


Sekali lagi aku terbuai dengan lagu karya Anang Hermansyah. Tak tahu lah mengapa. Tapi aku dapat rasakan kesedihan Anang melalui lagunya. Kali ini 'Hujan Pun Menangis' menjadi teman hidupku di kala kesedihan...

Hujan Pun Menangis

Dunia . . Ohh Dunia..
Hujan pun menangis
Cintaku ditelan dunia

Langit . . Ohh langit ..
Hati ku teriris
Cinta mati ku kan pergi

Maaf Aku . . Maaf ku yang tak pahami semua inginmu
Maaf Aku . . Ku yang tak mampu iyakan terus maumu
Samudra . . Tak akan cukup . .
Menulis inginmu . . Kau liarkan nafsu duniamu

reff 3x:
Ohh, Maaf Aku . . Maaf ku yang tak pahami semua inginmu
Maaf Aku . . Ku yang tak mampu iyakan terus maumu

p/s: Begitu syahdu karyanya Anang . . .

Result Exam Dah Keluar!!!

Semalam belum sempat jam 10 malam seperti dikhabarkan bahawa result Final Exam UiTM...sudah pun heboh result keluar dari jam 5 petang lagi. So, apa lagi...dengan persaan nervous, aku pun membuka laman student portal dan terus menyemak keputusan result aku. Keputusannya memang di luar jangkaan aku memandangkan pembawaan aku semester lepas.

Tapi Alhamdulillah...aku bersyukur apabila mataku ternyata melihat angka 3 dalam resultku. Maknanya aku dapat CGP 3 pointer cukup-cukup. Pada asalnya aku jangkakan akan memperoleh sekita 2.5 sahaja dan kadang-kadang terfikir juga mungkin aku bakal gagal beberapa subjek. Tapi ternyata aku lulus semuanya. ALHAMDULILLAH.

Sebelum ini pun, parents aku dah bagi kata dua yang aku perlu mendapat GPA 3 kerna keputusan aku untuk transfer ke UiTM KK. JAdi, dengan keputusan ini, aku lepas la dan tak sia-sia la dengan keputusan aku untuk transfer balik ke UiTM KK. So lepas ni, aku kena rajin-rajin la sikit belajar. Terima kasih la kepada semua lecturer yang mengajar aku selama ini.

By the way, ramai juga yang terpekik-pekik kegirangan semalam bila tengok result. Aku tak pelik sebab diorang dah Grad akhirnya..maknanya tamat sudah diploma diorang. Sebab tu la gembira sangat tu kot.hehe... Apa-apa pun tahniah kepada yang telah tamat pengajian!!!


p/s: Syukur ALHAMDULILLAH . ..

Berakhir Sebuah Perhubungan . . .

Belum sempat pun keputusan exam dikeluarkan... Aku tiba-tiba terpukul dengan sikap seorang gadis yang aku cintai. Apabila aku menghubunginya semalam, aku terkejut kerna dia seolah-olah tidak mengenaliku. Aku bingung apa salahku sehingga dia membuang nombor telefonku...malah turut men'delete' account Facebook ku...

Aku faham isyarat perbuatannya itu, iaitu.... OUR RELATIONSHIP IS OVER!! Jika itu kemahuannya, akan aku turuti dan aku sedia melupakan hubungan yang berusia setahun itu. Memang aku kecewa dan sedih, tapi apa bisa aku buat jika itu takdirnya....


p/s: GoodBYE cintaku . . .

Exam Result

Esok adalah hari yang ditunggu-tunggu student UiTM kerana esoklah bakal terjawab segala keputusan peperiksaan akhir. Tinggi atau rendah...baik atau buruk...terpaksa la kita terima segalanya esok dengan pasrah!!!




Mungkinkah masing-masing menghitung waktu atau ada yang sudah menggigil ketakuta?hehehe... Semoga hari esok penuh keceriaan buat diriku dan juga teman-temanku...

p/s: Menanti penuh debaran . . .

Politik Lagi!!

Dalam meniti hari menuju tahun baru, banyak perkara berlaku dan banyak juga kisah yang dapat kita saksikan melalu televisyen atau kita baca melalui akhbar. Dan yang pasti, isu politik terus mendapat perhatian ramai.


Isu ketuanan Melayu kembali hebah selepas provokasi yang dicetuskan oleh Ahli Parlimen pembangkang di Dewan Rakyat yang seakan mempertikaikan ketuanan Melayu yang selama ini telah dipersetujui oleh semua kaum bilamana tertubuhnya Malaysia. Apa rasionalnya mempersoalkan ketuanan Melayu sekarang? Mengapa ingin lagi mempersoalkan apa yang sudah jelas? Ini tidak lain hanyalah sandiwara politik yang cuba dimainkan oleh segelintir pihak tertentu untuk mencetuskan polemik baru dalam hubungan harmoni antara kaum di Malaysia.

Di suatu sudut yang lain pula, isu BTN masih lagi berkumandang. Tapi kali ini melibatkan dua nama besar(biarpun seorang tu tidaklah sebesar mana pun namanya).hehe… Mana tidaknya Tun Dr Mahathir menyifatkan yang kusrsus BTN tidak perlu dirombak kerana sudah cukup sesuai dengan keadaan tanpa memanipulasi kaum-kaum lain. Lain pula bicara Datuk Seri Nazri Aziz…beliau menganggap BTN perlu dirombak kerana tidak lagi relevan dan menyifatkan pandangan Dr Mahathir sebagai bersifat perkauman. Mungkin ini yang dimahukan oleh pihak pembangkang bila mencetuskan isu BTN…ingin melihat kerajaan bertelagah. Mungkinkah ia akan terus berlarutan? Kita sama-sama saksikan…..

p/s: Politik penuh sandiwara

Semenanjung vs Sabah & Sarawak

Pelik bila ada lagi penduduk Semenanjung dan Borneo Malaysia masih tidak dapat mencari persefahaman. Malaya dah merdeka lebih separuh abad dan Semenanjung sudah bersatu dengan Sabah & Sarawak sejak tahun 1963 lagi yang seterusnya membentuk Malaysa. Tapi mengapa sampai sekarang masih ada yang tidak faham dan seakan tidak dapat menerima penggabungan Malaysia ini. Biarpun Laut China Selatan menjadi pemisah, tapi takkanla hubungan kita pun perlu terpisah. Ada AirAsia kan...Everyone can Fly..hehehe...

Memang benar masih ada penduduk Semenanjung yang skeptikal bila sebut pasal Sabah...khususnya dari segi pemakanan dan cara hidup. Mungkin tiada pendedahan yang menyeluruh untuk menerangkan pasal bumi Borneo ni. Jangan salahkan orang Semenanjung bila berlaku skeptikal racism ini kerna mungkin hari-hari mereka disogokkan oleh laporan sebegitu dari kawan-kawan mahupun media massa.

Terdapat dakwaan di mana Sabah and Sarawak seakan-akan bukan dalam Malaysia. Contohnya dalam pertanyaan.."Bila korang(Sabahan) nak datang ke Malaysia(Semenanjung)?". Tapi tidak perlulah disalahkan orang Semenanjung kerana kadang-kadang terdapat juga orang Sabah and Sarawak sendiri suka memanggil Semenanjung dengan nama Malaysia. Itulah yang terjadi sebenarnya. Bukan Racism....


Aku orang Semenanjung dan aku juga pelajar di Sabah. So, aku dah lali dengan situasi ini. Aku pernah dengar cerita dari penduduk Sabah sendiri yang mengatakan masih terdapat segelintir orang-orang Sabah masih tidak menerima orang-orang dari Semenanjung dan menganggap penduduk Semenanjung sebagai penjajah. What the heck... Tapi aku tahu bukan semuanya begitu dan aku percaya majoriti sudah boleh hidup bersama sebagai satu Malaysia. Mungkin la 2 3 orang yang masih jumud dan dangkal kot.hehehe...

Orang-orang semenanjung pun begitu...yang masih menganggap Sabah and Sarawakk masih di luar Malaysia. Masakan tidak, bila sahaja sebut "saya dari Sabah" or "saya dari Sarawak"...satu pandangan berbeza akan diberikan seolah-olah kedengaran seperti "i'm from oversea". Itu silapnya penduduk Semenanjung...masih ada yang tidak melayan mereka dari Borneo ini sebagai rakyat Malaysia...kadang-kadang bila difikirkan..lucu la pulak. Dan masih juga ada lagi manusia yang fikir Sabah dan Sarawak ni mundur.. Salah tu sebenarnya(tapi adalah sikit-sikit)...Datang sendiri dan alami sendiri...

Aku rasa tak perlulah nak terasa atau nak marah kalau bab-bab begini. Sebab ia hanya merugikan kita rakyat Malaysia. Tapi inilah keunikan Malaysia yang berbagai ragam dan berbagai kaum...juga berbagai teori... Well, think positive and we can live in harmony.

p/s: 1Malaysia lambang perpaduan . . .

Separuh Jiwaku Pergi - Anang

Semalam aku ada menyaksikan konsert Jom Heboh di TV3 dan aku sungguh tertarik dengan persembahan oleh Anang...bekas suami Kris Dayanti. 'Lagu Separuh Jiwaku pergi' yang dinyanyikan sungguh menakjubkan kerna mengisahkan kesedihan akibat kehancuran rumah tangganya. Ia adalah sebuah lagu dengan lirik yang sungguh mengharukan disulami kisah perpisahan oleh Anang. . .


Separuh Jiwaku Pergi

Separuh Jiwaku Pergi
Memang indah semua
Tapi berakhir luka
Kau main hati
Dengan sadarmu
Kau tinggal aku

Reff:
Benar ku mencintaimu
Tapi tak begini
Kau khianati hati ini
Kau curangi aku

Kau bilang tak pernah bahagia
Selama dengan aku
Itu ucap bibirmu
Kau dustakan semua
Yang kita bina
Kau hancurkan semua

p/s: Sungguh menyedihkan . . .

Erti Sebuah Persahabatan

Bilamana aku membuka Facebook pagi ini, mataku terpesona dengan satu foto yang diambil semasa hari pernikahan kawan baikku, Mohd Irwan, sebuah foto yang mengingatkan aku kepada sebuah persahabatan yang terjalin cukup lama.



Walaupun tidak semua teman-temanku berada di dalam gambar tersebut, ia sudah cukup bagiku mengingati mereka semua dan melambangkan erti sebuah persahabatan. Aku mengenali mereka semua sejak umur aku 7 tahun iaitu ketika aku berada dalam tahun satu di sekolah rendah kecuali Irwan yang aku kenali sajak dari zaman tadika lagi.

Kami berkongsi rahsia dan berkongsi cerita. Banyak kisah kami bersama. Kalau dihitung, sudah 16 tahun persahabatan kami. Biarpun masing-masing kini berbeza haluan pendidikan, namun hubungan antara kami tak pernah pudar. Dan walaupun salah seorang telah berumah tangga, namun persahabatan kekal selamanya . . .

p/s: Persahabatan yang tiada bandingan . . .

Oh JAIS . . .!!!

JAIS buat kontroversi lagi... Jika sebelum ini, JAIS menahan bekas Mufti perlis iaitu Dr Asri kerana mendakwan tokoh agama itu tidak mempunyai tauliah untuk menyampaikan kuliah agama...kini tiba giliran Akhil Hayy pula. Ustaz Rock itu didakwa oleh JAIS bahawa Ustaz Akhil tidak layak mengajar agama berdasarkan latar belakangnya yang kurang bagus pada mata JAIS.



Memang tidak dinafikan yang latar belakang Ustaz Akhil memang tercemar gara-gara isu rumah tangganya yang tersebar luas di kalangan masyarakat. Aku tidak mahu ulas peribadi Ustaz Akhil kerana itu dia punya hal. Tapi yang menjadi isunya di sini, mengapa JAIS mengambil langkah sedemikian? Adakah angkara dendam atau iri hari pihak-pihak tertentu?

p/s: Tak habis-habis kontroversi . . .

Anugerah Skrin 2009


Anugerah Skrin 2009 (ASK09) baru sahaja berlangsung semalam dan aku sempat juga la menontonnya. Dengan tema Hikayat 1001 Malam, ASK09 kali ini seakan tidak menarik kerana persembahan-persembahan yang dipersembahkan kelihatan suram. mungkin dek kerana temanya sebegitu, so lagu-lagu yang dipilih untuk menghiasi acara tersepun pun tidak se'gah' seperti sebelum-sebelum ini. Namun keletah Fara Fauzana dan Afdlin menyelamatkan suasana pada malam tersebut.

ASK09 menyaksikan Erma Fatima menang besar karana karyanya 'Tersasar di Jalan Mu' menggondol beberapa anugerah utama pada malam tersebut. ternyata telahan yang dibuat sebuah akhbar tempatan tidak mengena kerana mengikut ramalan penulis tersebut, Drama 'Al- Kiswah' dan 'Becha Usang' dijangka menang namun juri lebih arif. Aku pun belum tengok lagi drama Erma tu...jadi tak dapatlah komen best ke tidak.hehehe.

Anugerah semalam juga menyaksikan orang lama naik pentas. Antaranya Ahmad Tarmimi dan Rosnah Mat Aris. Selain itu, Anugerah Yasmin Ahmad yang mengiktiraf bakat baru telah memilih Jacquelin Victor sebagai penerima sulungnya. Namun agak ralat juga semalam apabila beberapa pemenang tidak dapat hadir untuk menerima anugerah itu sendiri. Mungkin mereka tidak yakin yang mereka akan menang.hehehe...

Yang paling penting, sutradara kegemaranku iaitu Khabir Bhatia naik pentas untuk menerima anugerah Drama Rantaian Terbaik menerusi drama seram 'Kekasihku Seru'...

Banyak lagi la corat-soret sekitar malam tu. kalau nak tahu, bacalah akhbar.hahahaha...

p/s: Terkilan dengan persembahan . . .

Kisah Gadis Indonesia bernama Sita

Sita atau nama sabenarnya Meysita Arum Nugroho adalah gadis Indonesia yang aku kenali setahun yang lalu. Diam tak diam, disember ini merupakan genap setahun aku mengenali dan merupakan ulang tahun hubungan aku dan dia. Yes.. I love her!! Malahan dia satu-satunya gadis yang buat aku serius dalam percintaan.


Mungkin ramai yang tidak tahu aku berpacaran dengan Sita sudah hampir setahun. Gadis yang aku kenali melalui YM dan hanya berhubungan melalui telefon dan internet ini pada asalnya merupakan kawan yang sering aku ber'chatting' dalam internet. Keletahnya yang bersahaja memikat aku lantas aku tawarkan dia menjadi pacarku.

Memang sukar bercinta hanya menerusi udara tanpa bersua muka. Bagaimana ingin bertemu sedangkan aku di Malaysia dan dia pula jauh di Jakarta? kadang-kadang hal sebegini menjadi masalah bagi kami dan kerna hal demikian jugalah aku sering 'berantem' sama dia. Ada juga terdetik ingin memutuskan hubungan namun aku terlalu sayang untuk melepaskannya.

Hubungan kami tak seindah seperti pasangan lain kerna jarang berhubung. SMS pun kadang-kadang...apatah lagi untuk bertelefon. Bahasa kami pun berbeza biarpun serumpun. tapi aku masih belajar utnuk memahami pertuturannya.

jika setahun yang lalu, Sita masih lagi belajar di universitas, namun hari ini, Sita sudah bergelar dokter(dokter pelatih) yang sudah tentunya bisa menjarakkan lagi hubungan kami. Kami pernah berpisah pada Aidilfitri yang lalu namun kembali berhubungan tak lama selepas itu. tapi seakan yang tidak kena dengan hubungan kami pasca perpisahan. Status hubungan kami sekarang masih tidak jelas...sama ada aku masih pacarnya atau tidak.

Aku risaukan keadaannya kerna Sita selalu sakit dan aku masih tidak tahu apa penyakitnya walaupun pernah diberitahu dulu...cuma aku yang tidak faham bahasa perubatan ni.hehehe... Ada satu ketika, temannya call aku dan bilang yang Sita pengsan dan dimasukkan ke rumah sakit... tapi aku tidak mampu berbuat apa-apa kerna aku tiada di sana.

Sekarang aku hanay mengharap hubungan kami bisa teguh namun aku juga khuatir dengan hubungan..adakah mampu bertahan atau jarak akan memisahkan kami buat selama-lamanya . . .

p/s: Aku masih menyayanginya . . .

Chin Peng

Isu Chin Peng kembali menghiasi dada-dada akhbar. Ini disebabkan oleh kenyataan bekas pemimpin Kumunis itu yang menyatakan hasrat ingin bertemu sendiri dengan Perdana Menteri bagi menyatakan keihkhlasan untuk kembali ke Malaysia. Siapa Chin Peng sebenarnya dan kenapa beriya-iya benar mahu kembali ke Malaysia selepas melakukan dajal ketika zamn komunis suatu ketika dahulu?


Chin Peng merupakan bekas Setiausaha Agung Komunis...pernah menetap di Perak. Ketika zaman darurat Malaya menentang kekejaman Komunis, Chin Peng dan konco-konconya tanpa belas ihsan membunuh ramai perajurit dan warga Malaya. kesan kekejaman mereka memang tidak dapat disangkal lagi. Malah, bagi mangsa kekejaman Komunis, hasrat Chin Peng untuk kembali ke Malaysia ibarat luka lama berdarah kembali. Mereka masih tidak lupa bagaimana rakyat kita dibunuh dan diperlakukan seperti binatang oleh sang komunis.

Apa tujuan Chin Peng untuk kembali? Tidak sedarkah yang rakyat kita tidak akan sesekali lupa terhadap kekejaman puak-puak Chin Peng ini. Kenyataan kerajaan yang tidak sesekali akan membenarkan kehadiran beliau ke Malaysia dan sumpah perajurit silam untuk menghalang kaki Chin Peng jejak ke malaysia adalah sebagai salah satu tanda bahawa Malaysia langsung tidak mengalu-alukan kehadiran beliau ke sini. Apatah lagi untuk melupakan kekejaman beliau suatu ketika dahulu.

p/s: Lupakanlah hasratmu wahai Chin Peng!!!

Lelaki Idaman Wanita

Kali ni aku sengaja mahu kongsi 10 ciri-ciri lelaki yang mungkin menjadi idaman para wanita yang aku petik dari http://cintadearhaniey.wordpress.com

Antara 10 ciri-ciri tesebut ialah:

1. Yang bercita-cita besar untuk menolong orang lain yang memerlukan, bukannya hidup dilamun angan-angan dan perlu ditolong.

2. Yang tidak malu berkata; “Saya minta maaf, sayalah yang bersalah.”

3. Yang dapat melihat pelbagai pengaruh buruk cuba merosakkan hidupnya tapi tanpa ragu-ragu berkata ” TIDAK”

4. Yang meletakkan urusan Tuhan melebihi segala-galanya.

5. Yang membuat sesuatu,misalnya melaksanakan impiannya, dengan bersungguh-sungguh dan apabila berjaya, dia menghadiahkan setinggi-tinggi perhargaan kepada orang-orang yang membantunya.

6. Yang sentiasa tersenyum, merendah diri dan mesra dengan sesiapa sahaja tanpa mengira darjat dan kedudukan.

7. Yang melihat kesilapan diri sendiri sebelum melihat kesilapan orang lain.

8. Yang sedia mencurahkan wang, masa dan kebolehannya kepada orang lain tanpa memikirkan balasan.

9. Yang sentiasa berusaha untuk menjadi contoh terbaik kepada anak-anaknya daripada hanya beromong kosong mengenai hal tersebut.

10. Yang membawa anak-anak ke rumah ibadat, bukannya menghantar mereka ke sana.

p/s: Masih berusaha . . .

Menghitung Hari ke Penghujung . . .

Sedar tak sedar kita kini sudah berada di bulan terakhir, baik tahun Masihi mahupun tahun Hijrah. Mungkin ada yang merasakan tahun ini berlalu dengan cukup pantas dan ada juga yang merasakan tahun ini terlalu lama sebelum tiba di penghujungnya. Walau apa pau pearasaan kita, kita seharusnya bersyukur kerana masih lagi dapat bernafas sehingga ke saat ini.

Jika di awal tahun, masing-masing sibuk memasang azam tahun baru...dengan harapan dapat mencapainya dalam jangka masa setahun. Kini, apabila sudah hampi ke penghujungnya, masing-masing mula mencongak sama ada sudah tercapai atau belum azam yang dibuat. bagi yang berjaya melaksanakan apa yang diazamkan akan berasa puas manakala bagi yang belum tercapai azmnya akan sedaya upaya menggunakan sisa-sisa tahun yang masih tinggal bagi berusaha mengejar azam yang belum kesampaian. Ada juga yang berputus asa dan hanya mengharap tahun hadapan menjadi medan merealisasikan impian dan azam yang tidak terlaksana. Tahun 2009 hanya tinggal kurang sebulan lagi dan selepas itu segalanya akan menjadi sejarah.

p/s: Impianku belum terlaksana . . .

Mereka yang aku minati

Dalam post kali ini, aku nak kongsi dengan semua beberapa personaliti yang menjadi favourite aku sejak dulu sampai sekarang. Bak kata orang aku ni Die Hard Fan diorang la..hehehe...

1) Dr Mahathir Mohamad



Sekarang beliau bergelar Tun Mahathir. Mungkin dek kerana aku lahir ketika zaman Tun memerintah dan beliau agak lama meneraju negara, aku cukup kagum dengan apa yang telah beliau bawa sehingga Malaysia hari ini dikenali di seantero dunia. biarpun beliau ditentang dan dicemuh oleh ramai pihak kerana kurang senang dengan pentadbirannya, namun semua mengakui, even musuh politiknya..mengakui kehebatannya dalam meneraju negara. Beliau merupakan individu yang berani dan pernah beberapa kali mengutuk Amerika kerana kejahatan negara Barat tersebut. Tun Mahathir pernah dicop anti-Yahudi kerana beliau cukup geram dengan penindasan yahudi ke atas palestin. Dalam negara sendiri banyak pihak tidak menyukai dan beliau pernah digelar maha firaun..namun itu semua tidak menjejaskan sedikit pun wawasan beliau dalam membawa bangsa dan negara ke satu peringkat yang lebih tinggi.

2) Shah Rukh Khan



Beliau adalah Raja Bollywood. Aku mula meminatinya selepas menonton Kuch kuch Hota Hai. Lakonannya mampu membawa penonton hanyut dalam filem-filem lakonannya. Peribadi sebagai seorang Muslim pastinya menjadikannya kontroversi apabila acapkali melakonkan watak bertentangan dengan budaya Islam. Pun begitu, tanpa menghiraukan kisah peribadinya, lakonan beliau sahaja mampu meruntun hati ramai peminatnya termasuklah aku. Di Malaysia SRK digelar Datuk Shah Rukh Khan selepas menerima anugerah tersebut dari negeri Melaka. Apa yang pasti, beliau merupakan Baadshah Bollywood . . .

3) Jackie chan



Pelakon dan pengarah filem kung fu ini cukup popular...kalau tidak masakan aku meminatinya.hehe... Setiap filemnya pasti menghiburkan dengan bakat lakonan plus hebat dalam martial arts menjadikan nama Jackie Chan popular di dunia perfileman antarabangsa. Aku sememangnya jarang sekali terlepas menyaksikan aksinya setiap kali filem terbarunya keluar. Selain lakonannya, sikap pemurahnya memang tidak dapat dinafikan. Beliau banyak menderma dan menyumbang kepada mereka yang memerlukan. biarpun ramai sudah pelakon aksi yang lahir, namun tiada yang dapat menyainginya..bagi aku. Apa-apa pun Jackie Chan tetap pelakon martial Arts yang terhebat.

4) KRU



Trio adik beradik ini sememangnya menjadi ikutan aku. Gabungan Edry, Yusry dan Norman sememangnya selalu menjadi. Lagu-lagunya selalu menjadi siulanku. mereka bukan sahaja berbakat menyanyi dan mencipta lirik, malah turut berjaya dalam bidang perniagaan. Di bawah trio ini, lahir ramai lagi anak mudak berbakat yang menyanyikan lagu-lagu ciptaan mereka. Filem-filem yang dihasilkan pula bukan alang-alang...seringkali menjadi perhatian kerana selalu ditampilkan teknik-teknik baru perfileman. Mungkin suatu hari nanti, mereka menjadi lagenda seni tanah air.(walaupun aku memang dah anggap mereka sebagai lagenda)... keep up the good work guys!!!

5) Michael Jackson



Tidak perlu lagi dijelaskan, memang aku menggilainya sejak aku pertama kali melihat dan mendengar lagu 'Black & White'. Sejak dari itu, aku sering mengikuti perjalanan raja pop dunia ini sehinggalah kematian beliau Jun lalu. Biarpun madia selalu menjaja kes-kes mahkamah dan kehidupannya yang pelik, namun semua itu tidak menghalang aku dan jutaan lagi meminatinya. MJ, You are the Greatest performer . . .!!

p/s: Ada lagi . . TUNGGU!!!

Buat Sang Perokok... just STOP IT!!



Apakah baiknya berhenti merokok?

Pernafasan bertambah baik
Stamina meningkat
Lebih sihat
Lebih diterima oleh masyarakat
Mengurangkan bahaya merokok terhadap kesihatan
Melindungi orang lain dari bahaya merokok
Menjimatkan wang
Melindungi persekitaran


Mengapa susah untuk berhenti?

Nikotine dalam tembakau menyebabkan ketagihan
Kesan merokok yang menyeronokkan (contoh : merasa lebih segar dan tidak mengantuk)
Merasa letih dan murung apabila tidak merokok
Merasa gelisah dengan gejala gian yang lain
Mengatasi gian dan keinginan merokok


Apakah penyakit yang membawa maut dan dikaitkan dengan tabiat merokok?

Penyakit saluran pernafasan: lebih 10-20 kali ganda
Barah paru-paru: lebih 10-15 kali ganda
Barah paydara: lebih 11 kali ganda
Barah hidung dan tekak: lebih 5-15 kali ganda
Barah mulut: lebih 3-15 kali ganda
Barah saluran makanan : lebih 4-5 kali ganda
Sakit Jantung: lebih 1.5-3 kali ganda
Barah Buah Pinggang: lebih 1.5-3 kali ganda
Ulser Perut: lebih 2 kali ganda
Angin Ahmar: lebih 2-3 kali ganda

p/s: Katakan TAK NAK pada ROKOK!!!!

Aduhai Tuan Guru . . .

Sejak kebelakangan ini, banyak sangat kisah dan kontroversi membabitkan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abul Aziz Nikmat. Kalau tak berapa lama ketika dulu, heboh cerita penolakannya terhadap pembentukan sebuah kerajaan bersama UMNO sehingga mencetuskan satu polemik baru dalam perjalanan hidup Parti PAS...sehingga suatu saat hampir mencetuskan perbalahan antara mereka.


Surut kisah tersebut seperti mana surutnya banjir di Kelantan rupanya belum menjernihkan lagi keadaan. Muncul pula kenyataan beliau yang kononnya terdapat percubaan menggulingkasn beliau sehingga beliau sendiri ingin megadakan pemilihan baru parti yang antara lain ingin menyingkirkan beberapa individu kononnya menentang beliau dan perjuangan PAS. Tapi krisis tersebut dianggap selesai bilamana pemilihan tersebut digantikan dengan seminar pemantapan parti. Ramai menjangkakan akan tiada lagi isu timbul selepas itu. Namun lain pula jadinya...

Beberapa minggu yang lepas, bilamana menantunya disiasat SPRM, Tuan Guru sendiri telah meminta menantunya meletakkan jawatan dalam salah satu institusi negeri. Mungkin dek kerana terlampau tertekan dengan pergoalakan semasa, timbul pula dakwaan beliau kononnya ada plan oleh 'Kolonel Mat' untuk menggulingkannya. Ini sekali lagi mencetuskan fenomena Tuan Guru apabila beliau berahsia tentang siapakah yang dimaksudkan dengan 'Kolonel Mat' tersebut. So, identiti 'Kolonel Mat' kekal misteri . . .

Yang terbaru pula dan menjadi buah mulut ramai pihak adalah tindakannya ingin mendoakan kemusnahan masa depan Perdana Menteri dan kerajaan Malaysia gara-gara kelantan tidak mendapat royalti minyak. Walaupun kerajaan pusat bersetuju memberikan wang ihsan sebagai ganti kepada royalti, namun kerajaan negeri bertegas mahukan royalti kerana didakwa bahawa minyak tersebut adalah kepunyaan negeri Kelantan. Walaupun perdana Menteri sendiri sudah memberi penjelasan bahawa sememangnya Kelantan tidak berhak menuntut apa-apa bayaran daripada hasil minya tersebut kerana masalah pertindihan dua negara. namun akibat politik...ia teruas menjadi pertelagahan antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri . . . Mungkin tiada kesudahannya cerita Nik aziz ini . . .

p/s: Banyak pihak menutut Tuan Guru letak jawatan . . . Apa kata anda?

Insaflah Wahai Pelaku Dosa

Manusia memang tak pernah lari dan terlepas walau sedikitpun daripada melakukan dosa samada kepada diri sendiri, ibu bapa, masyarakat dan juga dosa kepada Empunya alam iaitu ALLAH swt. Jika kita bergelar Muslim, sudah pasti kita tahu dan pernah mendengar dosa kecil mahupun dosa besar. Biarpun sekecil zarah sekalipun, ia tetap dosa dan akan pasti mendapat hukuman di mahkamah ALLAH kelak.

Namun di sebalik kesedaran kita akan kesan di akhirat kelak, kita tetap juga melakukan dosa. Yang paling menakutkan di akhir zaman ini adalah manusia khususnya umat Islam sendiri tidak lagi gentar dan takut bila melakukan dosa malah bersa megah dan bangga dengan dosa yang telah dilakukan. Tiada sedikitpun kekesalan di lubuk sanubari mahupun rasa bersalah dengan apa yang telah dilakukan.

Dosa tidak mengenal orang mahupun keturunan. Even anak seorang ustaz ataupun ahli ulamak juga mampu terpalit dengan dosa ini. Biarpun sedalam mana ilmu agama orang tuanya...ia tidak menjamin bahawa anaknya juga beragama. Ada yang lebih teruk, bapa ustaz, namun anak perangai saling tak tumpah macam setan. Ini bukan omongan malah terbukti dengan beberapa kejadian yang kita boleh lihat berlaku dalam masyarakat kita hari ini...mungkin teman kita atau mungkin saudara kita.

Memang dosa tetap akan dilakukan namun tidak pernahkah kita terfikir untuk cuba sedaya upaya mengawal diri agar tidak terjerumus ke dosa yang lebih besar? Didikan ibu bapa memang salah satu faktor, namun dalam hal ini, kekuatan mengawal diri itu lebih utama. Tidak guna didikan yang mencukupi andai diri sendiri gagal dikawal untuk melakukan dosa. Inilah dunia hari ini . . . Insaflah!!!

p/s: Kembali kepada ajaran Islam yang sebenar . . .

Hari ini Hari Raya . . .

Hari ini merupakan Hari Raya Qurban yang meraikan hari hari wukuf para jemaah haji di Mekah sebagai salah satu rukun dalam kewajipan haji . . . Laungan takbir yang bermula semalam sehingga hari ke-3 tasyrik adalah sebagai kesyukuran dan pujian kepada ALLAH Yang Esa yang menjadikan peristiwa pengorbanan keluarga Nabi Ibrahim a.s sebagai peristiwa penuh signifikan kepada seluruh umat Islam. Semangat pengorbanan nabi ALLAH itu seharusnya menjadi ikutan dan pedoman kepada manusia hari ini.

Pagi-pagi lagi aku dah bangun hari ini untuk bersiap ke surau bagi menunaikan solat sunat hari raya. Hari ini aku memilih sepasang baju melayu hijau sebagai penghias diri...maka sebenarnya baju ni je la yang aku ada di sini memandangkan satu lagi baju melayu, aku tinggal di Sabah.hehe...

Sudah menjadi kelaziman setiap tahun korban lembu akan diadakan di depan rumah aku...tak tahu la kenapa. Tahun ni ada 5 ekor lembu menjadi korban di sini. Semasa aku menulis blog ni sekarang...sudah pun tumbang kelima-lima ekor lembu tersebut. Nak kesian pun tak boleh kat lembu-lembu tu sebab Islam larang kita kesian kepada lembu-lembu yang dikorbankan. Kita kena bayangkan yang lembu-lembu itu semestinya gembira kerana dipilih menjadi korban ibadah kepada ALLAh SWT . . .

Petang ni tak tahu la apa lagi program...Kalau ikut plan semalam, kami bercadang nak ke rumah Ustazah Ramah, ibu kami di tingkatan 5..hehe.. Tak tahu la jadi ke tidak. Tengah menunggu confirmation je lagi dari Megat and Hadi . . .

Cerita pasal plan dan aktiviti ni. Aku mahu kongsi sikit apa aku buat semalam (sehari sebelum raya) . . Tengahari semalam, pengantin baru, Irwan belanja aku dan kawan-kawan makan. Lebih kurang macam Reunion kecil la antara kami geng-geng sekolah rendah dulu. Maklum la, mungkin Irwan nak raikan perkahwinan dia dengan kawan-kawan. teruk dia kena usik semalam(kita mesti usik pengantin baru ni)hehe...



Lepas tu, kami ke jeram Linang, sebuah kawasam rekreasi air terjun. Walaupun dah leway petang and jem, kami(kecuali Irwan) tetap pergi sebab aku nak sangat pergi.hehe...Thankz la kawan-kawan sebab bawa aku. lagipun memang dah plan nak ke sana sebelum aku balik Sabah. Lepas mandi-manda, kami kemudian ke Tok Bali minum-minum di sana. Bila balik, ingatkan dah settle, rupa-rupanya belum. Dalam jam 11 mlm gitu, Megat pula datang...and aku, dia, Azram, Hadi, Gafar and Faris lepak pula di Ridel sambil minum and cerita-cerita. Megat ni pula sebenarnya kami tak tahu yang dia balik. Tu terkejut tiba-tiba dia cakap dia di Kelantan...apalagi, kami suruhlah ambil and bawa kami jalan-jalan. Anyway...thankz megat sebab bawa kami jalan lagi..hehehe. Malam tu jam 2 pagi juga la baru sampai di rumah. Puas aku berjalan seharian . . .

Malam ni aku akan bertolak dari sini ke KL sebelum naik flight pagi esok ke Kota Kinabalu. Sampai di KK nanti mungkin aku stay dulu di Pusat Islam sebab x-roomate aku lupa nak tiggalkan kunci. Jadi terpaksa la tunggu hari Ahad sebab Ahad baru diorang semua balik kolej. Menunggu lagi aku...nasib baik la Syrul belum balk...ada juga la teman aku nanti di Pi tu. Kalau tidak, seram juga la... Ok la...jumpa nanti di KK!!!

p/s: Selamat HAri Raya Aidil Adha . . . C'ya KK!!!

Politik! Oh Politik !

Semalam dalam news, dilaporkan bahawa Kerajaan Negeri Selangor telah membuat keputusan mengharamkan kursus BTN di semua peringkat kerana program tersebut kononya memecahbelahkan masyarakat dan kaum. Kita tahu yang Kerajaan Negeri Selangor dipimpin oleh Pakatan Rakyat...jadi agak diragui motif pengharaman program tersebut... Bagi orang ramai, jelas ia suatu tindakan menghentam Kerajaan Pusat yang memperkenalkan program tersebut.

Jika dikaji, kursus BTN (Biro Tata Negara) sebenarnya adalah program khas untuk menyemai perpaduan dan semangat patriotik di kalangan warga negara Malaysia. Aku pun pernah mengikuti program kursus BTN peringkat pemimpin pelajar. Dalam kursus itu, tiada pula dia suruh kita bunuh orang lain ataupun ajar permusuhan dengan kaum dan agama lain. Malah BTN mengajar cara hidup bertoleransi di kalangan masyarakat berbilang kaum.

Mungkin lain di benak pemikiran pimpinan Kerajaan Negeri kerana pada mereka BTN adalah suatu ancaman yang hebat. Memang ada slot BTN memaparkan ancaman-ancaman negara yang perlu diawasi. Tapi tidak ada sampai menyentuh mana-mana parti politik. Siapa Makan Cili... Dia la yang rasa kepedasannya . . . Mungkin aku juga dipengaruhi politik tapi tidak la sampai politik menguasai diri . . .

p/s: Politik memang kejam . . .

Menghitung Hari . . .

Sekarang aku tengah menghitung hari aku bakal kembali ke Sabah. Hari ni hari Rabu, maka ada 3 hari lagi sebelum aku menjejak kaki di bumi Sabah entah buat kali ke berapa sudah sejak pertama kali aku menjejak kaki ke sana 4 tahun yang lalu. Kali ni aku balik awal dengan alasan ada hal yang perlu aku bereskan . . .

3 hari lagi bermakna tak banyak sudah masa aku di sini berma kawan-kawan. Jadi terpaksa la fikirkan sesuatu yang boleh kami habiskan masa bersama. Memang tiap-tiap malam aku keluar tapi tak semua dapat kumpul bersama. Tapi banyak perancangan tak jadi. Mula-mula pla nak ke Penang, tapi ada yang tak dapat cuti. Plan nak ke Jeram Linang, nampak macam tak kena pula dengan musim-musim hujan ni. So, apa yang boleh jalan ni? Nampaknya tak dapat la plan apa-apa yang gempak dalam waktu cuti yang singkat ni. Mungkin next time kita boleh plan sesuatu.

p/s: There are still time for us . . .

Selamat Pengantin Baru . . .

Miggu lepas pada tarikh 15 November 2009, telah berlangsung majlis perkahwinan sahabat aku, Mohd Irwan Che Mohd Zin dengan pilihan hatinya Idayu. Majlis tersebut diadakan di Perak dan aku tak dapat menghadirinya. Namun semalam, sekali lagi majlis di kediaman pihak lelaki telah berjaya disempurnakan. Kali ni aku dapat hadir dan sama-sama membantu majlis perkahwinannya. Biarpun dalam hujan lebat, namun majlis yang diadakan secara sederhana itu tetap meriah dengan kehadiran ramai tetamu. Maklumlah double wedding la katakan...Irwan dan pasangannya serta kakak Irwan dengan pasangannya. Tapi aku pula terkilan sebab tak ramai geng-geng sekolah dulu datang. Lost contact kan sudah . . . Tapi tidak apa la... Yang penting...dia dah jadi suami orang.



Waktu berlalu memang pantas. Tup tup Irwan dah kawin. Orang lain kawin tak pe...tapi sebab dulu kami satu kelas dan rakan bermain sejak sekian lama, maka rasa seakan tak percaya yang sahabat kita dah kawin dan sekarang mula menggalas tugas sebagai suami dan ketua keluarga. Antara geng-geng kami, he's the first. Selepas ni, tentu sukar sudah nak ajak lepak sama-sama...maklumlah orang ada bini....hehehe.. Then, kalau mahu ajak keluar pun..mesti kena ajak isteri dia sekali.hahaha...

Perkahwinan Irwan menandakan yang kami kehilangan rakan berjalan namun itu tak mengapa sebab yang penting adalah kebahagian insan bergelar SAHABAT . . . To Irwan & Idayu . . SELAMAT PENGANTIN BARU!!!... Moga kekal bahagia ke hujung nyawa!!! Maybe selepas ini Faris???hahaha....

p/s: Who's next?

Pulang Akhirnya . . .

Hari ini bermakna sudah 4 hari aku berada di rumah sejak pulang dari Sabah Ahad lepas. Bila aku balik, tak banyak yang berubah melainkan rumah aku dah ada beberapa benda baru...tapi tak la sampai mengubah segalanya di rumah ini..hehe...

Sebelum tu, aku nak cerita sikit berkenaan hari aku balik hari tu. Pagi Ahad tu aku sempat ke pekan Kuala Menggatal (En Kaffali yang bawa) untuk mencari bahan-bahan masakan tengahari. Aku pula sebenarnya ikut sebab nak pergi beli topup phone aku tu. Tengahari tu kami makan nasi kuning dan ikan masak merah. Sedap juga la...

Tengah-tengah aku berehat selepas makan, tiba-tiba abang Anuar(pemandu UiTM) call aku suruh siap cepat sebab dia mahu sampai sudah untuk bawa aku ke airport. Jam baru jam 1.30 ptg... Padahal kenderaanku sampai jam 2 ptg. Tapi tak pe la... dah ada orang nak bawa...jalan je la..hehe.. Thanks tu Abang Anuar....

Di Airport pula, Flight Attendant Air Asia ni memang cantik and cute..hahaha(gatal pula aku ni). Dalam flight tu, satu jam pertama aku tidur dan lepas tu terus berjaga sampai la ke Kuala Lumpur. Sampai tu ada masalah pula...sebab simcard aku kena block(mungkin tersalah tekan no pin). Satu-satunya jalan adalah dengan masukkan no PUK...tapi nombor PUK pula aku tertinggal di Sabah. Terpaksa la cuba-cuba nasib. Akhirnya simcard terus kena reject dan sampai sekarang aku masih tak dapat guna nombor Celcom aku. NAsib baik la aku ada satu lagi nombor DIGI.

Sekarang sudah 4 hari aku di rumah. Tapi malangnya ramai lagi kawan aku yang belum ada. Nasib baiklah kawan aku Hadi ada...dapat juga la aku keluar jalan-jalan. Kalau tak, terperap je la aku di rumah cuti ni... Sampai-samapi je dari airport malam tu, aku terus lepak-lepak dengan Fareez di Kubang Kerian. Keesokan harinya aku keluar dengan Hadi minum di D'Klasik sambil-sambil dengar taklimat pasal perniagaan MLM. Semalam aku keluar bersama Hadi dan Badrul...minum di Berek 12. Aku, Hadi dan Badrul ni boleh dikatakan orang Borneo sebab Hadi pernah belajar di Sarawak, Badrul belajar di Indonesia dan aku pula di Sabah.hahaha.... Malam ni tak tahulah arah tujuan ke mana pula...

p/s: Masih menunggu kawan-kawan pulang . . .

Hari Terakhir Semester Ini . . .

Hari ini merupakan hari terakhir aku bagi semester ini di UiTM sabah sebab petang ini tepat jam 3.45 petang...flight aku akan berlepas dari Terminal 2 Tanjung Aru. Tidak la sangat terasa pemergian ni sebab aku balik Kelantan pun cuma untuk tempoh dua minggu...lepas tu datang balik ke Sabah ni. Bermakna Raya Aidil Adha pertama, aku akan berangangkat meninggalkan Kelantan.

Semester ni berakhir dengan dengan macam-macam suka duka dan cerita lara menghiasi latarnya. Masakan tidak, di awal semester lagi serba tak menjadi bagi aku, banyak paper aku kena drop. Itu la dugaan bila menentang Shah alam..hahaha... Walaupun terpaksa memulakan hidup baru dengan suasana kawan-kawan baru, tapi ia tetap menjadi pengalaman yang terhebat buat aku untuk semester ini.

Bila bercakap soal pula, seribu satu rencana tidak menjadi. Masakan tidak, bermula dengan soal tidak cukup dana untuk program...sampailah kepada pengharaman program akibat H1N1 yang menular. jadi, semester ini jarang tengok ada program. bagi pelajar semester akhir, lebih mengharukan sebab final semester mereka di sini berlalu dengan kosong kerana tiada apa-apa program dilaksanakan termasuklah Malam Pra...malam yang menghargai mereka. Nasib mereka la....

Tapi dalam kedukaan itu, ada juga berita baik buat warga UiTM sabah...Ini kerana Pengarah Kampus dan Ex-Timbalan Pengarah Kampus masing-masing menerima anugerah gelaran Datuk dan Dato'. Sebagai warga dan student yang mengenali mereka secara dekat, aku turut tumpang gembira dan sementelah lagi menunjukkan yang UiTM ni dihargai di peringkat nasional . . .

Walau apa pun, semester ini penuh dengan dugaan dan kisah yang mungkin bakal dikenang olehku dan juga yang lain. Moga semester depan muncul dengan sinar baru dan aku berjanji akan buat yang terbaik semester depan demi UiTM, bangsa, negara dan keluarga...

p/s: Mengundur diri seketika dari Sabah untuk smester ini... temui di Kelantan pula....

Penangan 2012 . . .



Bagaimana bila suatu hari nanti dunia sudah sampai ke penghujungnya...Itulah yang cuba dipaparkan di dalam filem '2012'...filem yang paling ditunggu-tunggu tahun ini. Aku pun dah tak sabar-sabar mahu menonton filem ini sebelum aku balik. Seminggu aku plan sebelum nak tengok filem ni. Tapi bila aku ke cinema tadi...YA ALLAH!!! Ramai betul manusia samapi full house tu cinema. jadi jawabnya tak dapatlah aku menonton filem tu...Sandik betul....

Kenapa ramai sangat orang...jawapannya sebab ramai mahu tengok bagaimana bumi ini musnah akibat kesilapan manusia. Walaupun aku belum lagi tengok filem tu, tapi aku tau la serba sedikit latar belakang filem tu. Tahun 2012 diambil kerana mengikut kalender kaum Mayan, bumi aka mengalami kemusnahan akibat kegagalan sistem dunia terkesan dari global warming...atau lebih dikenali sebagai KIAMAT!!! Ia hanya andaian dan tak semestinya betul. ia mengingatkan manusia agar menjaga bumi kerana there is no more time....

Apa-apa pun mengikut cakap orang yang dah menointon filem ini...ia sememangnya BEST dan tak bosan menonton walaupun durasinya lebih kurang 2jam 40 minit. Kegagalan aku nak tengok filem ni pada malam ini menyebabkan aku terpaksa menunggu dua minggu lagi, baru dapat tonton kerana dua minggu lagi aku akan kembali ke Sabah. Maklumlah di Kelantan tiada cinema....wayang kulit adalah..hehehe....

Walau apa pun...aku akan tetap tengok walaupun di hari terakhir tayangannya.....

p/s: Wait for me 2012!!!

Tahniah . . .

Selepas Pengarah Kampus UiTM Sabah, Datuk Profesor Madya Dr Worran hj Kabul menerima anugerah Yang membawa gelaran Datuk, seorang lagi Pengarah Kampus UiTM iaitu kampus Pahang telah dianugerahkan Gelaran Dato' oleh Sultan Pahang. PM Hj Hilmi kini bergelar Profesor Madya Dato' Dr Hj Hilmi Abd Rahman.


Beliau bukanlah asing di UiTM Sabah kerana beliau pernah menjadi Timbalan Pengarah Kampus HEP sebelum naik pangkat jadi Pengarah Kampus UiTM Pahang... Beliau sememangnya layak mendapat anugerah tersebut kerana beliau sangat aktif dalam memajukan bangsanya dan anak didiknya...

Aku pun tumpang gembira juga la sebab kami pun agak rapat waktu beliau di Sabah...lebih-lebih jika ada program melibatkan agama Islam dan kepentingan pelajar. Beliau juga la orang pertama yang panggil aku dengan nana Ghajali....hehehe...

p/s: Tahniah Profesor Madya Dato' Dr Hj Hilmi Abd. Rahman . . .

Bola . . .

Minggu lepas telah berlangsung dua perlawanan bola sepak yang melibatkan favourite team aku iaitu Kelantan and Chelsea...(sorry la sebab lambat post)... Jadi aku mau kongsi sikitlah suka duka keputusan hari tu.

Di dalam negara, perlawanan antara Kelantan dan Negeri Sembilan memang menjadi tumpuan sebab ia adalah Final Piala Malaysia. Tambahan lagi, dua-dua pasukan sudah lama tidak menjulang Piala Malaysia. Aku sempat juga la menyaksikannya di tv. Sudah semestinya malam tu aku sokong Kelantan atau 'The Red Warriors'... Ramai juga la penyokong Kelantan malam tu...hampir 70 000 orang penyokong kelantan dalam stadium tu. Tapi sayang sebab Kelantan tewas malam tu 3-1.

Dan akibat kekalahan itu, maka merusuhlah peyokong Kelantan dengan baling mercun dan tak kurangnya yang bakar kerusi stadium. Tapi situasi macam tu memang dah dijangka bilamana melibatkan perlawanan Kelantan...lebih-lebih lagi bila kalah. Aku pun tak puas hati juga keputusan malam tu. Nampak jelas yang macam ada sesuatu yang tak kena dengan perlawanan malam itu. tapi apa-apa pun, perkara dah berlalu dan kepada Kelantan...kita cuba lagi tahun depan!!!!



Walaupun Kelantan kalah, tapi satu lagi team favourite aku iaitu Chelsea menang. kemenangan lebih bermakna sebanb menewaskan Manchester United yang merupaka musuh keta Chelsea.YESS!!!! Walaupun aku tak sempat tengok perlawanan tu, tapi bila aku dengar pasal kemenangan Chelsea tu, memang kegembiraan aku sebab sebelum ni frust kelantan kalah.

Tapi macam biasa la...peminat MU cuba menafikan kekalahan tu dengan mengatakan gol Terry tu tah sah...tapi pengadil dah kata gol...Gol la tu.....apa lagi mau dikecohkan....hahahaha... Confirm la season ni Chelsea juara EPL!!!!



p/s: The Red Warriors & The Blues are the Best!!!

This Is It . . .

Penulisan diambil dari www.utusan.com.my



INILAH dia! Sesuatu yang ditunggu-tunggu peminat fanatiknya selepas kematian Raja Pop, 25 Jun lalu. Dokumentari perjalanan latihan konsert This Is It, 50 siri konsert yang sepatutnya dijayakan di O2, London hanya 18 hari sebelum kematiannya akibat kegagalan fungsi jantung.

This Is It kini tidak hanya menjadikan Michael Jackson sebagai Raja Pop tetapi juga Raja Filem. Masakan tidak, filem kenangan itu yang ditayangkan di seluruh dunia bermula 28 Oktober lalu berjaya menduduki tangga teratas kutipan box-office.

Lima hari ditayangkan, kutipan mencecah AS$101 juta (RM347 juta) menjadikannya filem konsert yang tertinggi pernah dicatatkan sekali gus melenyapkan kedudukan filem Hannah Montana/Miley Cyrus: Best of Both Worlds Concert Tour yang sebelum ini mencatat kutipan paling banyak dengan jumlah AS$70 juta (RM240 juta) di seluruh dunia apabila ditayangkan tahun lalu.

Pun begitu, biarpun mencapai kejayaan cemerlang namun para peminat, keluarga dan teman-teman turut sama merasai pahit manis serta suka dan duka menyaksikan persembahan terakhir Jackson.

Dari Amerika Syarikat hingga ke Eropah dan Asia, filem konsert This Is It Jackson ini 'meletup' dan tayangan perdana di Los Angeles, tempat berlangsungnya rakaman latihan tersebut, turut dihadiri rakan artis antaranya Will Smith, Jennifer Lopez, Paris Hilton, Neil Patrick Harris, Katy Perry, Adam Lambert, Jennifer Love Hewitt dan pengasas Motown Records, Berry Gordy Jr.

Pengarah, Kenny Ortega, juga rakan yang telah lama menjalinkan usaha sama dengan Jackson turut menyeka air mata ketika menyambut para selebriti serta penari termasuk Paula Abdul yang hadir pada tayangan pembukaannya.

Malah bagi pengarah muzik dan penerbit bersekutu filem itu, Michael Bearden berpendapat, inilah projek pembikinan yang penuh pahit dan manis sepanjang kerjayanya namun dia gembira apabila dunia dapat menyaksikan kegemilangan Jackson di akhir-akhir hayatnya.

Malah tegasnya, dia dan Ortega mempertimbangkan Jackson pada setiap aspek dalam filem ini.

"Kami bersamanya setiap hari untuk tiga atau empat bulan terakhir hayatnya. Sekurang-kurangnya kami tahu apa kehendaknya," kata Bearden.

Abang Jackson, Jermaine pula berpendapat, filem tersebut membuktikan betapa adiknya itu sangat mementingkan kesempurnaan.

Bagi kebanyakan penonton yang telah menyaksikan filem kenangan ini, pasti akan tersentuh melihat aksi Jackson.

Dia mahukan yang terbaik dan menjadikan impiannya sesempurna mungkin. Juga ketelitiannya untuk mendapatkan produksi terbaik bagi konsert terakhirnya yang tidak kesampaian itu.

Jujur

Filem ini dianggap satu filem paling jujur untuk menggambarkan seorang Michael Jackson serta alam kreatif yang menjadi tunjang kehidupan seninya. Juga tentang keindahan vokalnya.

Menyaksikan filem berdurasi hampir dua jam yang dipetik daripada lebih 100 jam rakaman sepanjang latihan Jackson untuk konsert di London itu membuktikan anugerah yang diberikan kepada Jackson adalah satu penghargaan kepada artis yang tidak akan kita lihat lagi.

Disaran mempertimbangkan pencalonan di Anugerah Academy, peminat dan pengkritik turut beranggapan filem itu akan mengembalikan reputasi Jackson sebagai penghibur kelas dunia.

"Apa yang kami lakukan adalah bercerita dan memfilemkan untuk para peminat Jackson memahami apa yang diimpikan olehnya untuk mereka," kata Ortega yang turut menganggap kerja terakhir Jackson ini patut mendapat pengiktirafan sewajarnya.

Biar sering dianggap sebagai seorang yang mahukan segalanya sempurna, dia juga amat menyokong bakat-bakat muda dalam persembahan seni termasuk menyerlahkan pemain gitar Orianthi Panagaris, penyanyi Judith Hill dan penari Danielle Rueda Watts.

Sememangnya produksi ini membolehkan kita untuk mengenali siapa Jackson sebenarnya.

"Ia sebuah pembikinan yang amat cemerlang yang pernah saya tonton. Ia menggabungkan kebijaksanaan Michael dalam segala aspek kreativiti," demikian kata-kata teman baik Jackson, Elizabeth Taylor, 77 dalam laman sosial, Twitter.

Disenangi dan disayangi

Sepanjang latihan bagi persembahan konsert besar-besaran dan yang terakhirnya itu, ternyata ramai yang begitu mengambil berat soal kesihatan Jackson.

Malah Ortega berasa bertanggungjawab memastikan keadaan kesihatan Raja Pop itu berada pada tahap memberangsangkan.

'Sudah makan', 'sudah minum', semuanya ditanya oleh orang sekeliling yang terlibat dalam latihan persembahan konsert tersebut.

Dan bila mendapat jawapan daripada mulut Jackson, mereka akan menarik nafas lega dan Ortega selalu mengusik Jackson dengan kata-kata skeptikal, 'Michael?.'

"Michael sudah dewasa... Kami tidak mahu memanjakannya. Tapi kami sangat prihatin untuk memastikan dirinya sihat," kata Ortega pada satu temuramah.

Ortega memberitahu, biarpun bimbang dengan keadaan kesihatan Jackson, dia menolak andaian bahawa persediaan untuk menghadapi konsert itu menyebabkan Raja Pop itu tertekan. Malah ia adalah sebaliknya.

Jackson sangat optimis dan berkongsi segala idea dan keinginannya dengan produksi. Rentak tari juga muzik yang diimpikan.

"Sejak dari mula, Michael lantang menyuarakan kemahuannya dan kenapa dia mahukannya. Itulah sebabnya (konsert) itu This Is It dan filem ini adalah mengenai This Is It, satu keistimewaan untuk proses kreatif terakhir kerja-kerja teaterikal Jackson," jelas Ortega lagi.

p/s: Hadiah dari MJ untuk peminatnya . . .

Exam Bermula

Semalam baru saja aku selesai menjawab 1st paper aku untuk final exam semester ni. Paper ECO555 tidaklah juga susah tapi sikit-sikit tu bingung juga la aku jawab. Tak sempat aku nak habiskan semua soalan sebab aku dah set mahu keluar awal semalam. Jadi siap tak siap, aku keluar la juga.hehehe… Harap-harap tak la terjejas sangat result aku untuk subjek tu.

Esok…ada lagi paper aku. Kali ni peper ECO537. Paper ni susah sikit sebab membabitkan polici dan teori ekonomi. Pening aku macam mana nak study. Macam satu pun susah aku dan faham. Berserah je la aku ni esok. Tapi walau apa pun aku kena juga kuatkan semangat untuk study supaya dapat keputusan yang baik untuk paper ni. Aku tak mahu repeat paper ni.hahaha…

Dua hari sebelum paper aku semalam, sempat lagi aku tengok wayang di 1Borneo. Semangat betul aku mahu tengok wayang walaupun seorang diri je. Hari tu aku tegok filem This Is Is!. Ia mengisahkan persiapan konsert Michael Jackson yang tidak sempat dipersembahkan akibat kematian beliau Jun lalu. Jadi, filem yang berkonsepkan dokumentari ni ingin memaparkan semangat beliau untuk menjayakan konsert ini. Best filem ini…ibarat menonton konsert beliau walaupun sekadar latihan yang dipaparkan. Bagi yang belum menonton…cepat-cepatlah beli tiket and tonton wayang ni. Pasti terhibur.

p/s: Ready for the next paper . . .

Hidayah ALLAH . . .

Sekarang ni mesti semua student UiTM tengah busy study, almaklumlah exam dah start. Tapi bila la aku nak start study ni, belum ada semangat lagi(kunun)..hahahaha….. Paper aku start 3hb November…pastu 5hb, 9hb, 10hb & paling last 13hb. Sem ni aku ambil 6 subjek and 5 je yang ada final. Sama mcm sem lepas juga la kira-kiranya. Kalu nak diiuktkan, aku ada 3 lagi paper yang belum aku ambil sebab aku drop subjek tu semua… Ni gara-gara mau rehat la..hehehe. entah la…sempat ke tidak aku grad on time..huhuhu…. Harap-harap sempat la.... InsyaALLAH . . .

Minggu ni aku baru dapat tahu yang PM Din (lecturer UiTM Sabah) tengah sakit. Aku tau pun secara tak sengaja terdengar perbualan staf-staf kat sini. Padahal miggu lepas lagi dia sakit and minggu ni baru aku dapat tahu. Baru dua miggu lepas aku jumpa dia lepas solat Jumaat di Pusat Islam…Tup tup dengar pula dia sakit. Padahal hari tu baru kami bercerita tentang hal dia mau menunaikan haji di Kota Suci Mekah bulan depan. Namun kita hanya mampu merancang dan aku doakan agar PM Din cepat sembuh. Amin Ya ALLAH….

Hari ni hari jumaat…lantas aku teringat waktu aku solat jumaat di Masjid UMS minggu lepas… Dalam khutbah masa tu, khatib sempat berpesan.. Lebih kurang macam ni la pesanan dia…

“ Sempena hari peperiksaan yang bakal menjelma, pelajar-pelajar haruslah belajar dangan jangan buang masa dengan melayari Facebook, twitter dan sebagainya . . .”


Terasa pula aku sebab aku selama ni banyak main Facebook sampai kadang-kadang terlupa nak belajar and paling teruk tertinggal solat…ish ish ish…..Kuat betul syaitan menghasut…. Ni mengingatkan aku kepada peringatan seorang teman bahawa mutakhir ini, musuh-musuh Islam memerangi umat Islam dengan cara yang baru dengan niat untuk melalaikan umat Islam dari mengingati ALLAH SWT… Mungkin facebook salah satu medium yang digunakan mereka untuk melalaikan kita umat Islam. Memang aku akui yang kemudahan ini banyak membantu kita jika kita pandai menggunakannya…Namun AWAS, jika kita hanyut dengan teknologi ini, maka makin jauhlah kita dengan ALLAH dan Islam . . . Na’uzubillah min zalik .. .

Semalam aku baru berkesempatan menonton filem Syurga Cinta lakonan Awal & Heliza… Dulu orang cakap best tapi aku tak sempat tengok. Bila tonton filem ni semalam, memang betul best dan sangat memberi kesan kepada aku khususnya… fiolem bercorak keagamaan ini mengingatkan aku bahawa ALLAH itu Maha Esa dan kita sebagai manusia sering terlupa dengan fakta ini sehingga kita hanyut disesatkan syaitan la’natullah . . . tapi pintu taubat masih belum tertutup bagi kita semua. Jadi tunggu apa lagi, bertaubatlah wahai insan ciptaan ALLAH. Pesanan ini aku khususkan kepada diriku sendiri yang sering leka dan lalai dari mengingatiNYA . . . Astaghfirullahal’azim . . . Astaghfirullahal’azim . . . Astaghfirullahal’azim . . .

Semua cerita-cerita aku di atas menyedarkan bahawa ALLAh ingin member petunjuk dan hidayah kepada diriku… Aku bersyukur kerana masih diberi waktu dan peluang untuk kembali mengingati ALLAH . . . Alhamdulillah . . .

p/s:ALLAHUAKBAR . . .

Just want to share . . .

Dalam warkah kali ini, terdapat beberapa peristiwa yang menarik untuk aku kongsikan dengan semua.

Peristiwa pertama adalah berkenaan isu bangunan retak. Mungkin ramai yang sedar bahawa UiTM Sabah buat pertama kalinya mengalami kejutan bilamana isu kompleks sukan retak dibawa ke pengetahuan Parlimen. Laporan yang dihantar oleh Audit Negara itu telah mencetuskan kegusaran ramai pihak terutamanya pentadbiran UiTM Sabah. Walaupun bagi warga UiTM Sabah sendiri, isu itu sudah lama namun oleh kerana isu ini telah dibawa ke Parlimen, kedengaran kembali suara-suara yang ingin menuding jari kepada satu sama lain. Mencari siapa yang salah… Dalam laporan tersebut, dinyatakan bahawa bangunan kompleks sukan UiTM KK telah dibina dengan menggunakan pasir laut yang telah menghakis struktur utama bangunan. Perkara-perkara begini sememangnya mengundang persoalan mengapa ia dibenarkan dan siapa yang bertanggungjawab? Selain itu, turut dilaporkan bahawa RM 1.2 juta telah dibelanjakan pada tahun 2002 dan lebih RM 180 ribu ditambah pada tahun 2008 bagi membaiki semula kerosakan. Sekali lagi mengundang persoalan ke manakah wang tersebut telah dibelanjakan memandangkan jika dilihat secara kasar, pembaikan yang dilakukan dalam tempoh tujuh tahun ini tidaklah setimpal dengan nilai yang dilaporkan oleh Audit Negara. Aku bukannya pakar untuk menilai dan mungkin pihak bertanggungjawab ada alasan sendiri untuk isu ini. Apa-apapun, kita hanya mampu menunggu apa lagi tindakan kerajaan terhadap isu ini memandangkan ia telah menjadi isu nasional.

Peristiwa kedua ialah berkenaan bajet 2010 yang telah dibentangkan olah YAB Perdana Menteri Datuk Seri najib Tun Abd Razak. Pembentangan kali ini cukup menarik kerana ia adalah kali pertama Perdana Menteri membentangkan bajet setelah mengambil alih jawatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Bajet ini juga menjadi landasan kepada perancangan kerajaan untuk berhadapan dengan situasi ekonomi sekarang yang masih belum kukuh sepenuhnya. Aku tidak mahu komen semua berkenaan bajet, aku cuma ingin menyentuih sedikit berkenaan faedah yang diperoleh selaku mahasiswa dan pelajar. Bajet kali ini menyaksikan pelajar mendapat faedah yang menggalakkan memandangkan golongan pelajar sekarang diberi pakej mendapatkan notebook dan broadband hanya dengan RM50 sebulan selama dua tahun. Manakala pinjaman PTPTN akan menjadi biasiswa kepada pelajar ijazah sarjana muda kelas pertama. Ini akan menggalakan lagi pelajar untuk lebih menempa kejayaan dalam pendidikan. Bajet kali ini sememangnya mencabar untuk diukir berdasarkan ekonomi semasa dan aku yakin kerajaan telah membuat satu pembentangan yang menarik. Bak kata TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin, beliau menyifatkan bajet ini sebagai belanjawan rakyat dan antara yang terbaik pernah dibentangkan. Apa-apa pun syabas kepada Perdana Menteri khasnya dan kerajaan amnya kerana cukup prihatin dengan semua golongan rakyat. 1Malaysia mampu menjadi pemacu kejayaan.

Peristiwa ketiga pula adalah berkenaan anugerah Datuk. Kali ini, Pengarah Kampus UiTM Sabah telah dipilih sebagai penerima anugerah gelaran Datuk sempena ulang tahun kelahiran TYT Sabah. Datuk Profesor Madya Dr. Worran Haji Kabul yang mula bertugas sebagai Pengarah kampus pada tahun 2005 sememangnya layak dianugerahkan gelaran ‘Datuk’ kerana sepanjang pentadbiran beliau, banyak kejayaan telah dilakar oleh UiTM Sabah. Pentadbirannya yang mesra pelajar sememangnya diakui sebagai penggerak kejayaan. Aku sempat e-mail kepada beliau sempena penganugerahan ini kerana aku banyak berhutang jasa dengan beliau termasuklah dalam pertukaran aku dari UiTM Shah Alam ke kampus Sabah. Jadi tidaklah keterlaluan jika aku menyanjungnya kerana budi perlu dibalas dengan hormat. Tahniah Datuk Profesor Madya Dr Worran Haji Kabul, Pengarah Kampus UiTM Sabah.



Cukuplah tiga peristiwa tersebut menjadi bahan perkongsian aku kali ini. Bukan ingin menyindir sesiapa dalam tulisanku, tapi cukuplah sekadar renugan bersama dan semoga kejayaan yang dinukilkan menjdi pencetus modal insan yang dinamik dan berintegriti.

p/s: 1Malaysia memacu kegemilangan UiTM . . .

Detik-detik Terakhir Menuju Exam . . .

Tak sampai seminggu lagi, peperiksaan akhir di UiTM akan bermula. Tanggal 28 Oktober menjadi detik ketibaan hari yang selama ini ditunggu-tunggu oleh student...tak kurang juga yang mengharapkan hari ini tidak akan tiba(belum study la tu)... Paper aku start 3hb jadi tidak la awal sangat...sempat lagi la untuk rehat-rehat.hehehe...

Mungkin sekarang sudah mula pelajar-pelajar membuat ulang kaji dan tak kurang juga lecturer yang mengambil kesempatan miggu terakhir ini untuk membuat Test... Tadi petang pun aku ada test. Esok ada presentation lagi...lusa ada lagi test...minggu depan pun ada test and presentation...Matilah aku macam ni.huhu... Tapi dah memang lumrah menjadi pelajar untuk sibuk begini...lebih-lebih lagi menjelang peperiksaan.

Sebelum terlupa...dalam sibuk-sibuk bersiap untuk exam...sempat juga aku ke Sandakan hujung miggu lepas selama dua hari. Akhirnya dapat juga aku jejak kaki ke Sandakan setelah 4 tahun berada di Sabah. Tak ku sangka rupanya bandar Sandakan cukup besar mengalahkan Kota Kinabalu. Aku difaamkan yang Sandakan adalah bandar pertama di Sabah sebelum ditukar ke Kota Kinabalu...Patut la.... Pemergian aku ke Sandakan kerana menguruskan OPKIM yang dijadualkan dilaksanakan pada cuti nanti. Walaupun aku tak join OPKIM tu...tapi terpaksa juga la urus sikit-sikit memandangkan projek tu dah lama diusahakan. Apa yang menarik di Sandakan?? Semestinya makanan lautnya yang fresh dan murah. Sedap juga la aku makan ikan bakar di sana. Tapi time singgah di Ranau, aku sempat dpat makan durian...lama sudah aku tak makan durian..... Boleh la...tapi kurang sikit sebab tiada pulut..hehehe...

Berbalik kepada perihal exam tadi, memang tak dinafikan yang ia menjadi trauma kepada insan bergelar pelajar (tapi tak tahu la yang tak rasa apa-apa.hehe...). Tapi buat apa nak takut...bukan mati pun ambil exam...yang perlu risau...adakah kita dah cukup study atau belum?...adakah kita dah terrer untuk jawab exam? Tu yang perlu difikirkan. InsyaAALAH kalau dah membaca and study...kita boleh lulus dengan cemerlang dalam final exam kali ini. Ingat...study smart...bukan study hard!! Renungkan-renungkan dan Selamat Beramal!!!(pinjam kata-kata Prof Izzi)...

p/s: Selamat Menduduiki Peperiksaan Akhir & Semoga Berjaya . . .

Bila Aku Tak Bersuara . . .

Seakan sudah tradisi bagi aku untuk berdiam diri dari berkata-kata untuk seketika. Mungkin itu mampu lepaskan tekanan aku tapi aku menganggapnya satu permainan. It is just a GAME... Tapi permainan ini tak ramai yang mengerti kerna cuma aku yang faham biarpun aku sendiri pun tak tahu apa yang aku mahu dari permainan ini.hahaha...

OK la..sebenarnya untuk beberapa hari ini, aku jarang bercakap dengan classmate, bukan aku marah, tapi seperti yang aku katakan, it is just a GAME... Aku mahu lihat adakah masih mereka peduli pasal aku. Ternyata mereka sememangnya teman-teman yang baik kerana mereka cukup mengambil berat pasal aku bilamana aku tidak bersuara. Dalam diam aku hanya mampu mengukir senyuman dan mengucapkan terima kasih kerana prihatin akan diriku.hehe...

Bila aku tidak bersuara, mereka mula bertanya mengapa aku jadi begini?...adakah aku sakit? adakah aku marah dengan mereka? Jawapan bagi semua persoalan itu adalah tidak...apatah lagi marah dengan mereka kerana merekalah teman-teman aku di sini. Kerisauan mereka membuktikan bahawa mereka sebenarnya teman-teman yang baik kepadaku. Jangan risau kerana permainan ini akan tamat juga nanti.

Aku mohon maaf andai kalian ada terbaca tulisan ini kerna bukan niatku untuk mendiamkan diri apatah lagi menjauhkan diri dari kalian. Ini hanya permainan 'bodoh' ku...

p/s: Bila suaraku tidak didengari . . .

Sebuah Kisah untuk Dikongsi . . .

Kisah ini aku dapat dari seorang kawan melalui Email... yang diambil dari . . .http://blogs. iium.edu. my/martinelli/ 2009/06/18/ maafkan-cikgu/

MAAFKAN CIKGU

Saya sangat mengkagumi kerjaya sebagai guru sekolah. Sebuah kisah yang saya paparkan ini saya ulangi dari kisah benar seorang guru beberapa tahun
yang lalu.

Ceritanya:

Saya mengajar di sekolah rendah di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri.

Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat.Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata2 kecuali anggukkan yang seolah2 dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untukdirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya. Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia maseh tetap datang kesekolah dan masih tetap lambat.

Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah.

Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari2 sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah. Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan.

Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang. “Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?” Dia terkejut dan wajahnya berubah. “Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu.” Jawabnya “Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?” ”Mak pesan, jangan meminta2 pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu.”

Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, “Maafkan cikgu, …….” Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.

. . . Cerita ini mungkin pernah kita dengar dan kita sedar masih lagi ramai yang hidupnya dihimpit kesusahan. Namun, kesusahan ini yang membakar jiwa mereka untuk terus mencari ilmu. Tetapi tidak bagi kita yang sememangnya lahir dalam keadaan serba lengkap dan mewah. Persoalan di sini, apakah kita bersyukur?

p/s: Masih ramai yang alpa . . .