Message

"Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya . . . Walaupun kita tidak mendapat apa yang dihajatkan...cukuplah kita bersyukur dengan apa yang kita miliki sekarang."

Aduhai result . . .

Hari ni dah 11 Jun dan dengar-dengar ceritanya, hari ini result final exam keluar. Entah betul ke tidak. Tapi sehingga aku tulis benda ni, belum lagi la keluar kat laman web UiTM tu. Tadi semasa aku lawat facebook, macam-macam debaran ada dek penangan result ni. Yang semestinya, semua dah tak sabar-sabar lagi mahu tahu result masing-masing...penentu masa depan kononnya.(hehe...).

Aku pula nak kata berdebar tidak juga la kerana tau result mesti teruk punya la...sebab mana ada aku study time final exam tu. Jadi terima je la apa-apa keputusan yang keluar. Tapi ada juga la rasa takut, mana la tau result nanti tu teruk sangat...mati den. Apo den nak jawab ngan mak bapak den?haha . . .(ketawa muka vervous).

Sebenarnya aku tunggu result lain ni . . . .

No comments:

Post a Comment