Wayang di Pavillion dah tamat, tapi tanpan aku tahu sebenarnya plan dah berubah. Kami takkan balik ke Nilai, but will tidur di rumah cousin Faris di Setapak sebab ada ura-ura nak pergi mandi kolam kat sana. Teringat balik pun macam lucu pulak idea tu. Kawan punya pasal, ikut je la.
Lepas je dari Pavillion tu, kami bergerak balik ke Setapak. Tapi on the way tu, tengah-tengah cari berus gigi, terjumpa loa pula kedai mamak...so apa lagi, berhenti dulu la makan. Kebetulan tepi tu ada downtown ke uptown...lebih kurang macam tu la kat Danau Kota tu, jadi diorang ambil kesempatan membeli belah...sempat lagi pula tu. Aku tak ikut, aku just stay di kedai tu ngan dua orang lagi. Sempat juga la aku jamah roti canai kat kedai tu sambil tunggu-tunggu diorang habis shopping. Dengar cerita, diorang shopping short pants untuk mandi kolam esok.hahahaha.... Ada-ada je diorang ni.
Lepas je habis hal-hal shopping dan makan-makan ni, kami semua balik la ke rumah cousin Faris di Setapak tu. Faris sampai-sampai terus je down di tilam...tidur terus. Kalau dengan awek tu, tak ingat mengantuk pula.ish ish ish... Aku pula tengok tv je la sambil tengok drama luar televisyen.hahaha(hanya aku mengerti). Malam tu aku tak tidur langsung, bukan apa, tak biasa tidur rumah anak dara orang.huhfh... kalau rumah awek aku ok juga kan.haha...
Dek kerana tak tidur, jadi berbual la dengan tuan rumah yang memang tak tidur malam juga. Macam-macam topik keluar, dari politik, gempa bumi, masalah mental, kecacatan dan juga kisah artis malaysia. Nanti aku cerita-cerita pasal apa yang kami bincang malam tu dalam ruangan lain pula.... Borak punya borak samapi la jam 9 pagi, di mana semua orang bersiap untuk mandi kolam. Semangat betul diorang. Ak tak turun mandi sebab mals. Tak biasa tempat orang ni. Mandi di toilet sudah la.hahaha... Baik aku tengok tv...Jangan Lupa Lirik...lagi menghiburkan.
Habis je mandi, terus breakfast nasi lemak yang baru dibeli.hehehe... Semalam aku dengar perjanjian akan bertolak balik dari Nilai pukul 10 pagi, tapi jam 11 pagi baru bertolak dari Setapak...memang sudah dijangka sebenarnya. On the way balik ke Nilai tu, aku tidur dalam kereta tu, semalaman tak tidur beb... Celik-celik mata dah sampai Nilai.
Sampai je Nilai, kemas barang, mandi, terus pulang ke Kelantan. Aku tak peduli sanagt siapa bawa, yang penting, aku mengatuk dan mahu tidur. Tapi tak dapat juga tidur dengan lena dalam kereta tu.huhfh.. Aku perasan satu je, yang laluan yang kami lalu tu tak pernah aku lalaui selama ini. Sah...sesat. Rupanya salah masuk jalan dan hampir pusing balik menuju ke KL.hahaha... Lawak juga dengar bila macam tu. Tapi yang penting, kami selamat sampai di Kelantan dan sampai juga akhirnya di rumah masing-masing.
Tamatlah perjalanan kami ke KL walaupun tak seperti diharapkan...
p/s: TQ kepada semua yang terlibat dalam kisah ini... Nanti kami pergi lagi...
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
-
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online – Di era
dimana teknologi memudahkan segala aspek kehidupan, bermain judi slot kini
tak ...

No comments:
Post a Comment