Message

"Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya . . . Walaupun kita tidak mendapat apa yang dihajatkan...cukuplah kita bersyukur dengan apa yang kita miliki sekarang."

Trip to Negeri Sembilan & KL

17/06/09- Rabu...

Tanpa perancangan dan tanpa di sangka-sangka, kawan ku ajak aku jalan-jalan ke Kuala Lumpur. Berfikir juga di kepalaku, apa kejadahnya nak ke Kuala Lumpur...tapi aku ni jarang benar menolak pelawaan kawan-kawan, jadi aku ikut je la kan ke Kuala Lumpur. Sebenarnya bukan Kuala Lumpur sangat pun sebab aku stay di rumah kawan aku yang seorang lagi di Nilai, Negeri Sembilan.

Aku naik bas di Langgar dan dijadualkan turun di Seremban sebelum kawanku ambil di Seremban untuk ke rumahnya di Nilai. Biasanya aku naik bas malam kalau perjalanan jauh ni supaya senang tidur, tapi hari tu aku naik bas waktu pagi. Dalam tiket tercatat jam 8.30 pagi tapi pukul 9.00 pagi baru nak bertolak...biasalah kalau bas ni.(syarikat bas tidak dinyatakan.hehe...).

Seperti yang ku bayangkan, ternyata amat seksa dalam bas sebab susah nak tidur. Tapi apa boleh buat, sabor je la... Macam biasa la, bas akan berhenti di Merapoh sebelum meneruskan perjalanan. Di Merapoh tu, aku makan la dulu kan kerana sememangnya aku lapar dan kebosanan. Tapi kawan aku tidak pula makan, katanya dia tidak lapar. Semasa berhenti di situ, terdapat juga pelancong dan aku fikir mereka daripada Singapura berdasarkan muka and perwatakan mereka. Nak pergi berbual dengan mereka, tiada pula perempuan-perempuan yang lawa.hahahaha.... Mana la tau kan dapat awek orang Singapura. Whatever..!!

Selepas selesai di Merapoh, bas meneruskan perjalan dan aku kembali didatangi kebosanan. Kawan pula syok je dapat tidur. Ini tidak adil.hehe... Sebelum tiba di Seremban, bas kami melalui Kuala Lumpur, jadi dapat juga lihat-lihat Kuala Lumpur(macam la tidak pernah datang). Kami tiba di Terminal 2 Seremban lebih kurang jam 6.30 petang, lepas itu terpaksa lagi tunggu kawan datang ambil. Nak dijadikan cerita, kawanku itu tidak tahu di mana Terminal 2 sebab terminal ni pun nampak baru lagi. Jadi jam 7.30 malam juga la baru kami dijumpai terbiar berdua di Terminal 2 (sampai guard di situ pun kenal kami). Macam-macam.

lepas itu kawakku tu bawa la kami ke rumahnya di Nilai dan selepas itu kami dibiarkan di rumahnya kerana dia ada perjumpaan dan discussion bersama classmatenya. Hampeh punya kawan.hahaha... Nak tak nak, terpaksa la kami duduk di rumah tu sambil menanti kepulangannya. Nasib baik la ada tv, boleh juga la aku tengok. Akhirnya dia pulang jam 10.30 malam dan aku terus ajak dia keluar makan sambil-sambil jumpa kawan sebab aku perlu serahkan surat kepada Megat. So, kami janji la berjumpa dengan Megat di Palama Bistro. Aku bercadang untuk terus je lepak di bistro tu tetapi kawan aku ajak pergi lepak tempat lain. Follow je la labu.hehehe...

Malam tu aku, faris dan fareez lepak di sebuah kedai(aku lupa nama kedai tu). Lepas makan, kami hisap syisya, tapi tidak sedap.huhfh. Di kedai tu juga ada persembahan karaoke dan yang penting lagu-lagunya semua yang zaman 80'an sebab yang menyanti pun semua otai-otai. Habis je hisap syisya, kami balik rumah dan aku hampir muntah sebab syisya tu memang tidak best. Sampai di rumah pun sudah 3 pagi. Apa lagi, tidur je la...

p/s: TQ to ayah Fareez sebab hantar aku pergi stesen bas...

No comments:

Post a Comment