Semalam dah start kawan-kawan DBS aku dulu tahu di UiTM mana mereka dapat sambung study. Kebanyakan mereka yang berasal dari semenanjung mendapat tempat di semenanjung khususnya di kampus Shah Alam. Dan mereka yang berasal dari Sabah kebanyakannya dapat di Sabah(kalau pilih Marketing) and Sarawak(kalau pilih Finance).
Ada yang gembira dengan keputusan yang mereka dapat sebab terkena pilihan mereka dan ada juga yang tension bila UiTM pilihan mereka tidak sama dengan keputusan UiTM.hehe... Terima je la keputusan yang korang terima tu. Ada hikmahnya walaupun kadang-kadang sakit nak terima kan.hahaha...
Jadi aku nak cerita sikit keadaan-keadaan UiTM yang aku dah pergi dan cuba bandingkan adakah pilihan kita betul atau keputusa. itu yang betul:
1) Sabah - UiTM yang daif la aku rasa kalau dikutkan dia punya fasiliti. Apa pun tiada ni...nak belajar pun tidak selesa. Tapi kekurangan tu yang menjadikan UiTM Sabah ni special daripada yang lain. Di sebalik kekurangannya, UiTM Sabah mempunyai pemandangan yang menarik sebab boleh nampak laut and Gunung Kinabalu. Warga UiTM pula memang menarik sebab banyak ragam dan perangai. Di dalam kampus memang tidak seindah kampus lain tapi cukup terisi dan di luar juga ada IP yang sntiasa sibuk dan kalau hujung minggu boleh ke KK or 1B. Jika ada duit banyak, boleh melawat seluruh Sabah yang kaya dengan khazanah alam.
2) Perlis - Macam-macam ada dalam tu bagi sebuah kampus cawangan. Muka bumi tidak macam Sabah yang berbukit, di Perlis, tanah rata dan seronok la kalau berjalan dalam kampus tu. Orang cakap ada Campus Life. Tapi yang kurang pasal UiTM Perlis ini ialah, kehidupan di luar kampus memang 'sandik',hahaha... Bandar dia kosong dan adakalanya lebih baik bejalan-jalan di Kedah daripada bandar di Perlis.Ish ish ish . . .
3) Sarawak - Fuhh!! UiTM Sarawak memang betul-betul hidup Campus Life...memang bebas and exciting to be there. Students boleh lepak sampai tengah malam di tempat makan tu tanpa ada orang nak larang...kecuali la tauke tutup kedai.hehe... Pak Guard sana pun cukup sporting dan memahami students di sana. Tapi masalah di Sarawak ialah di sekitar kampus adalah hutan dan kampung. Bandar Kuching jauh juga la dan bandarnya tu kurang la tempat hiburan untuk remaja-remaja alaf baru ni.hahaha...
4) Shah Alam - Best juga la tetapi oleh kerana terlalu ramai students di Shah Alam itu menyebabkan jurang hubungan antara pelajar memang jauh dan tidak rapat. Even kamu MPP pun, tiada rasanya yang kenal korang walaupun fakulti sendiri...aku pun xpernah kenal MPP aku.hehe... Tapi kalau di Shah Alam, baik tinggal di luar(bagi lelaki la) sebab di dalam kampus sangat bosan, macam mahu bunuh diri je.hahahaha...
Hanya 4 kampus je aku dapat kongsi... Jadi fikir-fikirlah yang mana satu pilihan anda dan yang mana menjadi keputusan UiTM.
Aku lebih suka di Sabah.....
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
-
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online – Di era
dimana teknologi memudahkan segala aspek kehidupan, bermain judi slot kini
tak ...

No comments:
Post a Comment