
Terkejut giler bila on tv pagi-pagi...sebab Pengacara MHI mengumumkan kematian Michael Jackson atau dikenali dengan panggilan Jacko di kalangan peminat dan wartawannya. Kematiannya akan diratapi oleh dunia kerana beliau sememangnya ikon industri hiburan dan mendapat jolokan King of Pop. Aku juga salah seorang peminat MJ dan turut rasa sedih sebab kematiannya yang mengejut...menangis juga la.huhuhu...
Aku mula minat MJ time kecil lagi. Masa tu aku tengok video clip lagu 'Black or White' dan aku betul-betul kagum dengan gaya nyanyian dan tariannya. Sejak tu aku jadi la peminatnya dan MJ sememangnya artis yang amat aku sanjung kerana ketabahannya dalam berhadapan dunia yang sentiasa menghentamnya. Dia memang layak digelar sebagai ikon dunia kerana pengaruhnya cukup besar. Sebut sahaja nama Michael Jackson, kanak-kanak seawal tadika sehingga la orang veteren, akan mengenalinya kerana gaya tarian yang dibawakan beliau telah menjadi ikutan dunia. Bukan setakat itu, setiap langkah pergerakannya akan diekori dan menjadi tumpuan dunia.
Kehidupan MJ yang penuh misteri juga menjadikannya buruan dunia. Tak cukup dengan kontroversi pembedahan plastik, MJ juga dikenali sebagai seorang yang suka berbelanja mewah sehingga suatu ketika beliau mengalami masalah kewangan sehingga terpaksa menjual assetnya. Tak cukup dengan itu, kehidupan misterinya turut berjangkit kepada anak-anaknya. Sehingga sekarang, anak-anaknya akan memakai topeng walau ke mana mereka bergerak, Raja Pop tersebut tidak mahu wajah anak-anaknya didedahkan kepada dunia kerana bimbang keselamatan anak-anaknya. Itulah dunia MJ yang penuh misteri sehingga ada memanggilnya Jacko Wacko. Tapi apa pun kehidupannya, peminat sentiasa bersamanya.
Kesetiaan peminat kepada Jacko turut dapat dilihat apabila beliau pernah didakwa dan dibicarakan beberapa kali dalam kes seksual kanak-kanak. Walaupun pelbagai tuduhan dilemparkan, MJ bertuah kerana peminat masih bersamanya dan tetap menganggap MJ tidak bersalah. Terbukti bila beliau dibebaskan daripada tuduhan tersebut dan menang perbicaraan. Beliau bukan sahaja mendapat sokongan peminat, ramai rakan artis lain turut menyokongnya kerana memang beliau dikenali dengan perwatakan baik di kalangan teman-temannya. Kebaikannya terbukti bila MJ banyak terlibat dalam program kemanusiaan terutamanya melibatkan kanak-kanak. Ini menjadikan beliau amat disayangi oleh kanak-kanak tidak kira di mana pun.
Satu lagi yang gembira bila sebut Michael Jackson adalah umat Islam. Kerana Michael Jackson telah memeluk agama Islam hujung tahun lepas...sekitar bulan November. Walaupun sudah lama khabar yang mengatakan MJ berminat kepada Islam, namun November lepas secara rasminya MJ memeluk agama Islam dengan nama Mikael Jackson. Tiada yang lebih gembira selain abangnya, Jermain yang memeluk Islam lebih awal kerana abangnya la yang tak putus-putus memberi sokongan kepadanya dan menjaganya. Syukur la sebab matinya ikon Pop dunia ini adalah dalam kalimah ALLAH.
Mungkin Raja Pop dunia ini seakan sudah dapat mengagak kematiannya apabila awal tahun ini dia mengumumkan akan mengadakan konsert terakhirnya untuk peminat. Sejak pengumumannya itu, peminat terus membeli tiket dan ternyata sokongan kepadanya masih kuat apabila tiket yang dijual SOLD OUT. Walaupun sedih kerana ini konsert terakhir, peminat mahu mengabdikan kenangan bersama MJ di konsert terakhirnya. Namun. tiada yang menduga apabila Tuhan menjemputnya lebih awal.
Berita kematian MJ pantas merebak ke seluruh dunia. Peminat-peminatnya meratapi pemergian ikon dunia ini. Aku pun sama juga la, sedih betul and terkejut sampai sekarang kerana tak sangka artis pujaan aku meninggal dunia. Pemergiannya ini pasti terus diratapi peminat namun Michael Jackson akan terus sebati dengan dunia dan sudah tentu aksinya akan terus dirindui dunia.
'You Are Not Alone', 'Beat It', 'Thriller', 'Billie Jean' dan 'Heal The World' adalah antara lagu MJ yang kekal popolar dan akan terus bermain di minda peminat-peminatnya.
Al-Fatihah buat Michael Jackson . . .

No comments:
Post a Comment