Message

"Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya . . . Walaupun kita tidak mendapat apa yang dihajatkan...cukuplah kita bersyukur dengan apa yang kita miliki sekarang."

UiTM Di Hatiku

Malam-malam aku selalu lepak dengan kawan-kawan. Bukan pergi mana-mana pun, just minum air di kedai je. Jadi bermacam la topik keluar bila tengah-tengah lepak tu, dari masalah peribadi hinggalah masalah negara.hehe... Dan yang paling banyak ialah pasal pelajaran masing-masing...maklum la, mahasiswa la katakan.

Kawan-kawan aku datang dari pelbagai latar belakang universiti...ada UMP, MMU, UiTM, UNIMAS dan banyak lagi la. Dan yang paling menarik adalah, masing-masing akan cakap yang universiti mereka lebih baik dari yang lain...bangga la agaknya tu kalau dapat belajar di universiti terbaik. But, aku rasa janggal bila bercakap dengan budak UiTM , bukan sebab aku tidak suka UiTM...aku pun student UiTM juga. Tapi yang menjadi kejanggalan buat aku ialah, tatkala orang lain berbangga dengan universiti masing-masing, tapi student UiTM sentiasa mahu merendah-rendahkan UiTM malah mengutuk UiTM lagi tu...ish ish ish...

Kenapa student UiTM tidak langsung bangga bila belajar di UiTM? Adakah sebab kerana yuran terlampau murah, lalu kita lupa untuk menghargai? Mungkin sebab UiTM ini pro-kerajaan, lalu mereka yang anti-kerajaan berterusan mencerca UiTM walaupun mereka sendiri warga UiTM? Takkan mereka lupa yang UiTM la yang menerima mereka walaupun prestasi mereka tidak dan seberapa dan adakah mereka lupa yang di UiTM lah mereka menimba ilmu sehingga bergelar graduan berjaya?

Cuba renungkan kembali apa itu UiTM dan baru anda faham bahawa UiTM bukan calang-calang universiti. Satu-satunya universiti yang memperjuangkan nasib Bumiputera dan lambang kekuatan Bumiputera. Di sinilah lahirnya pemimpin-pemimpin negara dan di sinilah terbentuknya modal insan bertaraf dunia.

UiTM sentiasa Di Hatiku...



No comments:

Post a Comment