18/06/09 - Khamis
Hari ini bermula jam 11 pagi sebab pikul 11 baru aku bangun.hehe... Kawanku si faris awal-awal lagi dah keluar ke stadium USIM sebab ada pertandingan di sana. Tapi sedih betul bila dia tidak ajak sekali..hampeh betul kawan aku tu.(jangan marah ye faris). Duduk la aku di rumah tu sama kawan aku sorang lagi, fareez tanpa tahu apa yang ingin dibuat. tapi hari tu sempat juga la cek facebook. Aku bernasib baik sebab time tu aku dapat message ngan Stacy...tiada apa juga, just tanya pasal lagu dia.
Hari tu si faris janji mahu balik jam 12, tapi jam 1 tgh juga la baru sampai tanpa membawa apa-apa makanan balik. Dah la kita kelaparan, dia pula balik dengan tangan kosong. Tension giler, tapi tak pe la, still buat muka cool tanpa ada tanda-tanda kelaparan.hehehe... Akhirnya, kami keluar jam 2 petang pergi makan dekat-dekat situ, tapi maklum la, kawasan USIM, semua girl yang aku jumpa macam ustazah-ustazah pula. So, tak jadi la nk mengorat sebab terkeluar carta wanita idaman.hahaha... Abis je makan, kami terus ke Kuala Lumpur. Jalan-jalan di sana la pula.
Walaupun dah rancang ke KL tapi masih tak tahu arah tujuan..ke mana mahu pergi..aku pun confuse. Petang tu, kami ke Mid Valley, aku pun tak tahu apa makna sebenar ke sana sebab kami cuma tengok wayang and then terus blah tanpa jalan-jalan d Mid Valley. Oh ya...kami tengok wayang filem 17 Again. Best juga la story dia...boleh juga bagi hilang tension kejap. Then, aku dengar kami nak ke KLCC pula. But before that, kami berhenti dulu solat Asar di Masjid Negara. Kagum juga tengok Masjid Negara. Aku sembahyang betul-betul di tengah-tengah masjid tu. Bangga betul dapat sembahyang di situ.hehehe...
Abis je so;at, kami gerak ke Setapak...eh bukan KLCC ke? Aku pun confuse, tapi yang aku tahu, kami ke Setapak, tempat cousin Faris. Nak dijadikan cerita, tak jumpa pla jalan ke Setapak, alih-alih dah sampai Batu Caves...siapa mau jawab?? Jadi terpaksa la patah balik ke KL sebab janji jumpa je di Hentian Putra. Tetapi, on the way patah balik ke KL, jumpa pula jalan ke Setapak. Apa lagi, terus la ke rumah cousin Faris tu. Pelik betul kalau difikir balik.
Sampai je di rumah cousinnya tu, sempat duduk sekejap je sebab kena ke Hentian Putra pula untuk hantar kakak faris. Aku pun ikut je la. Takkan mau tinggal pula kan...hahaha... Lepas je hantar ke Hentian Putra, cousin dia bwa makan pula di kedai Tupai (tiada nama lain ka mau letak?). Entah la, sama ada deria rasa aku hilang atau memang makanan dia tak sedap.hehe.. Tapi dah orang belanja, makan je la kan.hehe... Malam tu pula aku janji nak ke rumah Megat di Cyberjaya, tapi oleh kerana ada perubahan...aku jumpa Megat di Putrajaya je sambil tengok wayang di Alamanda. Mala tu, kami 7 orang tengok wayang... Aku, Faris, Fareez, Megat, Yuni. dan dua orang lagi housemate Megat. Tadi petang dah tengok, malam tengok lagi. Malam tu, kami tengok filem Drag Me To Hell...yang penting si Faris tidur dalam panggung. Apa la punya orang.
Kami abis tengok wayang lebih kurang jam 2 pagi. Lepas tu, kami pulang la. Tapi sebelum tu ke Setapak dulu, hantar cousin Faris and then baru pulang ke Nilai. Sampai je di rumah, proses tidur berlaku dengan pantas. Celik-celik mata dah cerah.hehehe...
p/s: Thanks to Megat n frens sebab sudi teman tengok wayang...
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
-
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online – Di era
dimana teknologi memudahkan segala aspek kehidupan, bermain judi slot kini
tak ...

No comments:
Post a Comment