Message

"Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya . . . Walaupun kita tidak mendapat apa yang dihajatkan...cukuplah kita bersyukur dengan apa yang kita miliki sekarang."

Nama . . . TOP 10

Macan-macam and pelbagai nama orang panggil aku. I have many names dan setiap nama tu ada sejarahnya. So dengarkan kisah ini...about my names...

1) Ahmad Ghazali Ismail - Nama ni jarang orang panggil, hanya time nak isi borang n majlis rasmi je orang panggil nama ni.

2) Ahmad - Siapa panggil aku dengan nama ni? Seingat aku hanya cikgu aku di sekolah menengah yang suka panggil aku 'Ahmad'. Jadi kalau aku nak bagi cikgu ingat aku, terpaksa la aku gelarkan diri aku 'Ahmad' waktu jumpa mereka. Kalau tidak, jawabnya pikir panjang la cikgu tu untuk kenal aku balik.hehe...

3) Ghazali - Bila orang panggil aku 'Ghazali', aku dah boleh agak yang orang tersebut baru mengenali aku or baru menjadi kawan aku sebab nama 'Ghazali' itu agak formal bagi aku. Satu lagi yang panggil aku dengan nama ini ialah lecturer aku di UiTM.

4) Jali - Nama ini cukup serasi dengan aku sebab ramai memanggil aku dengan nama ini termasuk family, kaum kerabat, & kawan-kawan. Orang cakap nama ini cukup klasik sebab ada lagu lama berkait dengan nama aku ni...tajuknya 'Ini Dia Si Jali-Jali'.hahaha... Aku juga lebih selesa orang paggil aku dengan nama ni sebenarnya sebab aku dapat merasakan keakraban orang tersebut dengan aku.

5) Albert - Mesti ramai yang confuse dan tertawa sendiri bila aku bagi tahu ada orang panggil aku 'Albert'. Ini bukan main-main tetapi punya ceritanya sendiri. Waktu itu aku baru berpindah ke SMK Kuala Krai, maklum la student baru kan, jadi masih malu-malu.hehe... Tiba-tiba ada seseorang dalam kelas itu yang panggil aku 'Albert'...tidak tahu pula kenapa, tapi dia cakap nama itu sesuai dengan aku...Apa-apa je la. Sejak itu, semua kawan aku dalam kelas itu panggil aku 'Albert', even satu SMK Kuala Krai panggil aku dengan nama itu. Sampai sekarang pun mereka masih panggil aku dengan nama itu dan aku tahu, kalau ada orang paggil aku 'Albert', sah la dia dari SMK Kuala Krai.

6) Albert J - Ni nama yang aku suruh junior aku di UiTM Sabah panggil aku semasa dalam proses induction senioe-junior. Tapi sampai sekarang masih ada yang panggil 'Albert J'.

7) Bokbong - Hahaha...ni nama paling lucu dan still ada yang panggil aku nama ni sampai sekarang. Alkisahnya, nama ini diberi oleh Sir Sazali iaitu individu yang melatih aku Taekwondo time di sekolah rendah dulu. Aku tidak tahu apa dalam kepala dia sampai terkeluar gelaran itu untuk aku dan sampai sekarang aku masih digelar 'Bokbong' atau 'Bong'. Sebab tu la nama blog aku ni Ceritera Bong sebab ia kisah aku.

8) Gaza - Nama ni aku cipta sendiri time perang Israel-Palestin sebagai menyokong perjuangan penduduk Gaza. Ada la sorang dua lagi yang panggil aku dengan nama ni.

9) Ghajali - Nama ni dipanggil oleh Prof Madya Dr Hj Hilmi Abd. Rahman, ex-TP HEP UiTM Sabah. Dia suka panggil aku dengan nama ini. Sedap juga kan...'GHAJALI'... Sebagai penghormatan kepada dia, email yahoo aku, username aku adalah gha_jali. Dan kawan-kawan aku di Indonesia juga panggil aku dengan nama 'Ghajali'. Thanks Prof.

10) AG - I just love this name. It's my initial...

Hahahaha...aku pun tak sedar yang ada banyak rupanya nama gelaran aku. Sebenarnya ada lagi nama lain tapi cukup la Top10 supaya korang tahu dan nanti tidak la terkejut kalau aku jumpa aku dengan nama yang lain.

Walau apa pun orang panggil aku. AKU TETAP AKU...

No comments:

Post a Comment